Modal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Modal (serapan Bahasa Tamil: முதல் mutal "permulaan";[1][2] juga barangan modal atau modal sebenar) dalam kefahaman ekonomi mengkhusus kepada faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang sendiri tidak digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia mungkin susut nilai dalam proses pengilangan. Barang modal mungkin didapati dengan wang ataupun modal kewangan. Pada sebarang masa, jumlah modal fizikal boleh dirujuk sebagai saham modal, penggunaan yang berbeza dengan saham modal dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepada fungsi pengeluaran.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan sesuatu perniagaan. Konsep kewangan modal diterima oleh kebanyakan entiti bagi penyediaan laporan kewangan mereka. Di dalam konsep kewangan bagi modal, seperti wang laburan atau kuasa membeli yang dilabur, modal adalah sama dengan nilai aset bersih atau ekuiti sesuatu entiti. Dalam konsep fizikal bagi modal, seperti keupayaan beroperasi, modal dianggap sebagai keupayaan pengeluaran berdasarkan entiti, sebagai contoh, unit pengeluaran sehari.[3]

Terdapat empat jenis modal iaitu;

  1. Modal dibenarkan / Modal berdaftar / Modal nominal
  2. Modal diterbitkan
  3. Modal belum diterbitkan
  4. Modal berbayar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asmah Haji Omar (1975). Essays on Malaysian linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. m/s. 39; melalui Zawiah Mat; Mashitah Sulaiman (2007). "Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu". MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (8): 115-140. ISSN 1511-8393 Check |issn= value (bantuan).
  2. ^ "முதல்". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  3. ^ [1] Framework for the Preparation and Presentation of Financial Statements, Par 102
Sumber utama
  • F. Boldizzoni (2008). Means and ends: The idea of capital in the West, 1500-1970, New York: Palgrave Macmillan, 2008, chapters 4-8.
  • K.H. Hennings (1987). "Capital as a factor of production," The New Palgrave: A Dictionary of Economics, v. 1, pp. 327-33.