Mohana Chandran a/l Velayuthan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan
Kelahiran
Chandran a/l Velayuthan

Meninggal dunia
Hutan Simpan Ulu Kinta
Sebab kematianPertempuran dengan pemberontak komunis
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Kapten
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Kapten

Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1972 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis di kawasan Hutan Simpan Ulu Kinta. Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan ketika itu sedang mengetuai satu kumpulan tinjau khas dengan kekuatan 23 orang telah ditugaskan ke kawasan Hutan Simpan Ulu Kinta untuk menjejak pemberontak komunis. Pada 13 Jun 1971, semasa sedang mendaki sebuah bukit, mereka berjaya mengesan tiga orang pemberontak berhampiran sebuah perkhemahan pemberontak yang besar di kawasan hutan tersebut.

Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan bersama Ranjer Abang Bolhi bin Abang Doladi melepaskan tembakan. Tembakan balas musuh telah mencederakan Ranjer Bolhi. Pertempuran tersebut turut dibantu oleh Ranjer Bajau ak Ladi. Melihat kedatangan Ranjer Bajau yang datang membantu, Kapten Chandran bergerak dengan berani tanpa menghiraukan risiko merapati kedudukan musuh yang berkekuatan lebih besar sambil diberi tembakan perlindungan oleh Renjer Bajau. Bagaimanapun Kapten Chandran telah terkena tembakan musuh yang berada di atas bukit, pada bahagian kepalanya. Beliau meninggal dunia di tempat pertempuran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]