Mohd H Piah Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mejar (B) Mohd H Piah Ali
Kelahiran
Mohd H Piah Ali
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Mejer (B)
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Mejar

Mejar (B) Mohd H Piah Ali adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 7 Jun 1978 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis pada 7 Okt 1977.

Pada 7 Okt 1977 jam 1030, semasa berhenti rehat dalam perjalanan ke pangkalan baru, Lt Mohd H Piah menghantar satu kumpulan ronda. Semasa membuat rondaan kumpulan tersebut terlihat sebuah perkhemahan yang terletak di sebuah bukit dan beberapa orang pemberontak komunis. Ketua Kumpulan ronda tersebut memaklumkan perkara berkenaan kepada Lt Mohd H Piah dan mereka diarahkan balik ke pangkalan untuk tindakan seterusnya. Selepas menunaikan solat zohor beliau bersama platunnya ke kedudukan perkhemahan musuh. Tepat pada jam 1700, beliau melepaskan satu tembakan ke arah musuh sebagai isyarat memulakan serangan. Serentak dengan itu perkhemahan pemberontak dihujani dengan peluru dari Platun Lt Mohd H Piah. Hasil dari pertempuran itu, platunnya berjaya membunuh empat orang pemberontak komunis. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1978.

Rujukan[sunting | sunting sumber]