Monofili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Monofili
Kladogram primat menunjukkan monofili (simia, kuning), parafili (prosimia, biru termasuk tompok merah), dan polifili (primat jaga malam, kongkang dan tarsier, merah).

Dalam kegunaan klados am, kumpulan monofili ialah takson (kumpulan organisma) yang membentuk satu klad, iaitu terdiri daripada satu spesies dan segala leluhurnya. Istilah ini bersinonim dengan term istilah holofili yang kurang digunakan. Kumpulan monofili biasanya dicirikan dengan ciri-ciri warisan yang sepunya (sinapomorfi).

Monofili dibandingkan dengan istilah parafili dan polifili yang paling mudah difahami dari gambarajah kedua rencana ini. Dalam kegunaan am, kumpulan parafili terdiri daripada kesemua keturunan kepada suatu leluhur sepunya yang diandaikan kecuali satu atau dua kumpulan monofili. Oleh itu, kumpulan parafili adalah 'hampir' monofili (sejajar dengan erti awalan 'para', iaitu 'hampir' atau 'di samping'.) Kumpulan polifili pula adalah sebarang kumpulan selain monofili atau parafili, yang hanya mengandungi sesetengah keturunan kepada leluhur sepunya yang terdekat, tetapi tidak dicirikan oleh keturunan tertinggal yan membentuk kumpulan monofili.

Rujukan[sunting | sunting sumber]