Muhammad Ayman Al Akiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad Ayman al-Akiti[sunting | sunting sumber]

Dr. Ayman al-Akiti

Dr. Muhammad Ayman al-Akiti (الدكتور محمد أيمن العكتي) SHI., MA., PhD., ialah seorang ilmuwan Islam dari Malaysia yang dikenal sebagai orang Melayu pertama memperoleh gelar PhD (Doktor Falsafah) dari University al-Qarawiyyin di Maghribi yang merupakan universiti tertua di dunia.[1] Beliau berkepakaran di dalam bidang Akidah, Ilmu Kalam, Falsafah, Tasawwuf, Kajian Manuskrip, Fiqah, Usul al-Fiqah dan Ilmu Falak. Dr. Ayman juga menguasai beberapa bahasa seperti Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan Jawa. Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama, Kuliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[2]


Beliau juga pernah menjawat sebagai Felow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)[3] dari tahun 2019-2022 serta menjadi panelist tetap bagi rancangan Imanuna di Radio IKIM setiap hari Khamis pukul 5.15 petang. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor sejak tahun 2021.[4] Beliau dilantik sebagai Panel Pakar Falak JAKIM sejak 2022,[5] Penyelidik Isu Kontemporari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan Ketua bahagain Tasawwuf Hai’ah Ulama Perak Darul Ridzuan.[6]

Gambar Dr. Ayman al-Akiti dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersama dengan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Dr. Ayman al-Akiti

Asal[sunting | sunting sumber]

Dr. Ayman al-Akiti lahir dan membesar di Kuala Lumpur, Malaysia. Keluarga beliau dikenal berasal dari Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan dan Gombak, Selangor.[7]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan memulakan pendidikan sekolah rendahnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD).[8] Ketika masih berumur 13 tahun, beliau mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun.[9] Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong, Kediri, Jawa Timur, beliau telah dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat selama 6 tahun.[10] Pada masa itu, beliau juga begitu aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail, sebuah forum muzakarah hukum-hakam dan fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama di Indonesia. Dr. Ayman juga pernah menjawat sebagai mushahhih ketika berada di Maghribi bersama dengan Pengurus Cabang Istimewa Nahdlatul Ulama Maroko.[11]


Beliau menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda (Degree) dalam bidang Hukum Islam di Fakulti Syariah Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) (kini Institut Agama Islam Negeri atau IAIN) Kediri, Jawa Timur, Indonesia dengan nilai Cum Laude (Kepujian Kelas Pertama).[12] Skripsi beliau ialah “قاعدة "الأصل في العبادة الحظر" - دراسة تأصيلية وتطبيقية مقارنة بين المذاهب الأربعة”.[13]


Beliau merantau ke Maghribi pula untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana (Master) di Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama dalam Khazanah Barat Islam. Dr. Ayman telah lulus viva thesis master beliau berjudul: “أصول الأدلة العقدية عند عثمان السلالجي (ت. 574هـ) من خلال كتابه: العقيدة البرهانية”. Beliau juga telah lulus dengan nilai Kepujian Kelas Pertama.[14]


Di negara yang sama, beliau telah menyambung pengajian beliau pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam. Beliau telah melakar sejarah dengan menjadi anak Melayu (Malaysia) pertama menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti al-Qarawiyyin, universiti tertua dunia setelah lulus viva thesis PhD beliau berjudul: “شرح محصل المقاصد مما به تعتبر العقائد للإمام إبراهيم بن مَحمد الجُزولي التَّمَنَارْتِي (ت.971هـ) دراسة وتحقيق”.[15] Pada peringkat ini, beliau juga telah lulus dengan derajat Kepujian Kelas Pertama.[16]

Pondok Jawi Maghribi[sunting | sunting sumber]

Ketika di Maghribi, Ayman al-Akiti yang masih menjadi mahasiswa amat aktif mengajar mahasiswa mahasiswi lain dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta’lim bernama Pondok Jawi Maghribi.[17]

Salah Satu Sesi Pengajian di Pondok Jawi Maghribi

Bahtsul Masail[sunting | sunting sumber]

Dr. Ayman al-Akiti dikenali sebagai salah seorang aktivis dalam bidang Bahtsul Masail di bawah oraganisasi bukan kerajaan Islam terbesar dunia Nahdlatul Ulama. Beliau pernah menjawat sebagai Wakil Sekretaris bagi Forum Bahtsul Masail Pondok Pesantren (FBMPP) Se-Eks Kawedanan Pare, Indonesia tahun 1428H-1430H.[18] Ketika di Maghribi, beliau juga pernah menjawat sebagai Mushahhih bersama dengan Pengurus Cabang Istimewa Nahdlatul Ulama Maroko pada tahun 2017.[19]

Ketika di Malaysia, beliau pula pernah menjawat sebagai Ketua Jilsah Bahtsil Masail, Ikatan Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI)[20] dan Ketua Lembaga Bahtsul Masail Nahdhatul Ulama Malaysia (NA’AM).[21]

Ketika dunia terkena musibah Covid-19, Dr. Ayman al-Akiti terlihat ikut menjadi perumus bagi Bahtsul Masail Dunia tentang hukum vaksin yang diselengarakan oleh Nahdlatul Ulama.[22]

Radio IKIM[sunting | sunting sumber]

Dr. Ayman al-Akiti mula disebut-sebut pada tahun 2019 ketika beliau mengisi sebuah rancangan di Radio IKIM bagi segmen ‘Destinasi’ bersama DJ Mona dan DJ Syafiq. Rancangan beliau berjudul ‘Imanuna’ yang memfokuskan perbahasan akidah dan masih bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 5.15 petang. Rancangan beliau ini mendapat sambutan hangat oleh para pendengar Radio IKIM sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Karya[sunting | sunting sumber]

Dr. Ayman al-Akiti telah menerbitkan beberapa buku bersama penerbit-penerbit ternama di Malaysia seperti Galeri Ilmu, Akademi Jawi Malaysia, Perkim, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, ARG Training & Consultancy, IIUM Press dan Jabatan Agama Islam Johor.[23]

Beliau juga aktif menerbitkan artikel dalam jurnal-jurnal akademik seperti Afkar UM, Tafhim IKIM, al-Itqan IIUM dan di Maghribi dalam berbagai jenis bahasa seperti Arab, Melayu dan Inggeris.[24]

Beliau juga pernah menjadi kolumnis bagi kolum Pena Dr. Ayman yang diterbitkan dwi-bulanan pada tahun 2020-2021.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.thepatriots.asia/dr-ayman-al-akiti-melayu-pertama-lulus-phd-di-universiti-tertua-dunia/ diakses pada 29/3/2023
  2. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  3. ^ https://www.ikim.gov.my/wp-newest/wp-content/uploads/2020/12/IKIM_AR2020_web.pdf diakses pada 29/3/2023
  4. ^ https://www.muftiselangor.gov.my/ajk-fatwa diakses pada 29/3/2023
  5. ^ https://www.islam.gov.my/ms/berita/3033-mesyuarat-panel-pakar-falak-bil-01-tahun-2022 diakses pada 29/3/2023
  6. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  7. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  8. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  9. ^ http://pmh-uitmsa.blogspot.com/2018/10/dr-ayman-al-akiti.html diakses pada 29/3/2023
  10. ^ http://pmh-uitmsa.blogspot.com/2018/10/dr-ayman-al-akiti.html diakses pada 29/3/2023
  11. ^ http://numaroko.or.id/home/hukum-mengucapkan-selamat-natal-hasil-bahtsul-masail-pcinu-maroko-2017/ diakses pada 29/3/2023
  12. ^ http://pmh-uitmsa.blogspot.com/2018/10/dr-ayman-al-akiti.html diakses pada 29/3/2023
  13. ^ https://scholar.google.com/citations?user=RIkv0vUAAAAJ&hl=en diakses pada 29/3/2023
  14. ^ https://scholar.google.com/citations?user=RIkv0vUAAAAJ&hl=en diakses pada 29/3/2023
  15. ^ https://scholar.google.com/citations?user=RIkv0vUAAAAJ&hl=en diakses pada 29/3/2023
  16. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  17. ^ https://www.youtube.com/playlist?list=PLZITIZp0H0rSfXPFD2BIHLdADvp06_tz0 diakses pada 29/3/2023
  18. ^ Forum Bahtsul Masail Pondok pesantren Se-Eks Kawedanan Pare, Solusi Masail Fiqhiyyah, Pare: FBMPP, 2009, 159.
  19. ^ http://numaroko.or.id/home/hukum-mengucapkan-selamat-natal-hasil-bahtsul-masail-pcinu-maroko-2017/ diakses pada 29/3/2023
  20. ^ Unit Kajian & Penulisan Maahad al-Musthofa, Hasil Rumusan Bahtsul Masail Malaysia, Selangor: Al-Musthofa Publication, 2019, 4.
  21. ^ https://www.facebook.com/274412006793447/posts/tahniah-dr-ayman-al-akiti-ketua-lembaga-bahtsul-masail-naam/394529948114985/ diakses pada 29/3/2023
  22. ^ https://drive.google.com/file/d/18fwVkuL0-H5kS72JEaSPpWmnB4fBAQOS/view diakses pada 29/3/2023
  23. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023
  24. ^ https://www.iium.edu.my/directory/show/8871 diakses pada 29/3/2023