Muhammad al-Faqih Muqaddam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Muhammad al-A'dham al-Faqih al-Muqaddam telah dilahirkan pada tahun 574 Hijrah di Tarim sebuah kota di lembah Hadramaut, Yaman. Beliau adalah putera tunggal kepada Ali bin Muhammad Shahib Mirbath yang menurunkan 75 leluhur kaum Alawiyin dan sesepuh semua kaum Alawiyin yang berada di Asia Tenggara. Imam al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali, meninggal dunia di kota Tarim pada tahun 653 Hijriah (1232 Masihi).[1]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran al-Faqih diberikan kerana beliau adalah seorang guru besar yang menguasai banyak sekali ilmu-ilmu agama diantaranya ilmu fiqh. Salah seorang guru beliau, Ali Bamarwan mengatakan, bahawa beliau menguasai ilmu fiqh sebagaimana yang telah dikuasai oleh seorang Ulama besar iaitu al-Allamah Muhammad bin Hasan bin Furak al-Syafi'i' yang meninggal dunia pada tahun 406 Hijrah.[1]

Sedangkan gelaran al-Muqaddam berasal dari kata Qadam yang bererti lebih diutamakan, dalam hal ini Waliullah Muhammad bin Ali sewaktu hidupnya selalu diutamakan sehinggalah setelah beliau meninggal dunia di maqamnya yang berada di Zanbal Tarim. Maqam tersebut sering diziarahi oleh kaum muslimin sebelum menziarahi Maqam Waliullah yang lain.[1]

Keilmuan[sunting | sunting sumber]

Sayyid Muhammad bin Ali yang terkenal dengan nama al-Faqih al-Muqaddam ialah sesepuh kepada semua kaum Alawiyin. Beliau ialah seorang penghafaz Al-Quran dan selalu sibuk menuntut berbagai macam cabang ilmu pengetahuan agama hingga mencapai peringkat sebagai seorang mujtahid mutlak.[1]

Mengenai Imam al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali, Sayyid Idrus bin Umar al-Habsyi dalam kitabnya Iqdul Yawaqiet al-Jauhariyah telah mengatakan: " Dari keistimewaan yang ada pada Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam adalah tidak suka menonjolkan diri, lahir dan batinnya dalam kejernihan yang ma'qul (semua karya pemikiran) dan penghimpun kebenaran yang manqul (nas-nas Alquran dan Sunnah).[1]

Penulis buku al-Masyra' al-Rawy berkata: "Beliau adalah seorang mustanbith al-furu' min al-ushul (ahli merumuskan cabang-cabang hukum syarak yang digali dari pokok-pokok ilmu fiqh. Beliau adalah Syaikh Syuyukh al-syari'ah (mahaguru ilmu syari'ah) dan seorang Imam ahli hakikat, Murakiz Dairah al-Wilayah al-Rabbaniyah, Qudwah al-'Ulama al-Muhaqqiqin (panutan para Ulama ahli ilmu hakikat),Taj al-A'imah al-'Arifin (mahkota para Imam ahli ma'rifat) dan dalam segala kesempurnaannya beliau berteladan kepada Amir al-Mukminin (Imam Ali bin Abi Thalib). Thariqahnya adalah kefakiran yang hakiki dan kema'rifatan yang fitrah.[1]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Muhammad al-Faqih Muqaddam memiliki 5 orang putera iaitu:

  1. Alwi al-Ghoyur, meninggal dunia pada tahun 619 Hijrah.[2]
  2. Ali, meninggal dunia pada tahun 673 H.[2]
  3. Ahmad, meninggal dunia pada tahun 706 H.[2]
  4. Abdullah[2]
  5. Abdurrahman[2]

Referensi[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Nasab Ahlul-Bait Nabi dari Keluarga Alawiyyin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-12. Dicapai pada 2009-09-25.
  2. ^ a b c d e Naqobatul Asyrof al-Kubro, Generasi ke-18

Lihat pula[sunting | sunting sumber]