Pergi ke kandungan

Mukadimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mukadimah adalah penyataan pengenalan dalam satu dokumen yang menerangkan sebab-sebab dokumen berkenaan dan falsafah disebaliknya. Apabila beraplikasi kepada perenggan-perenggan pembukaan statut, ia mungkin menyatakan faktor-faktor sejarah yang penting bagi statut. Ia berbeza dengan tajuk panjang dan formula enakmen undang-undang

Kesan perundangan

[sunting | sunting sumber]

Meskipun mukadimah diketepikan sebagai bahan pengenalan yang tidak penting, kata-katanya mungkin mempunyai kesan yang tidak dapat dijangkakan penulisnya. Sebagai contoh, ia berdasarkan mukadimah Perlembagaan Perancis yang mengatakan taat setia Republik Perancis pada Pengistiharan Hak Manusia dan Rakyat bahawa Majlis Perlembagaan Perancis menyatakan ketidakperlembagaan sesetengah undang-undang Perancis (kes pertama adalah keputusan 71-44DC). Di Kanada, mukadimah Akta Perlembagaan 1867 dipetik oleh Mahkamah Agung Kanada di Rujukan Hakim Provinsi yang menambah kepada kebebasan kehakiman. Di India, Mahkamah Agung sering mengistiharkan sesetengah pindaan perlembagaan yang tidak menurut mukadimahnya sebagai terbatal.

Disebabkan kebimbangan terhadap kesannya, mukadimah Perlembagaan Eropah yang dicadangkan pada tahun 2002 menggariskan warisan Kristian Eropah. Pada masa yang sama, di Australia pada tahun 1999, suatu referendum mengenai mukadimah baru disertakan janji bahawa ia tidak boleh dikuatkuasakan mahkamah, disebabkan sesetengah daripada mereka yang bimbang bagaimana mukadimah boleh ditafsirkan dan diaplikasikan.[1]

  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  1. ^ Goldsworthy, Jeffrey. "The Preamble, Judicial Independence and Judicial Integrity." FORUM Constitutionnel (2000) 11:2.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]