Mukbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukbang
Hangul
Perumian SemakanMeokbang
McCune–ReischauerMŏkpang
Original word
Hangul먹는 방송
Hanja먹는 放送
Perumian SemakanMeongneun bangsong
McCune–ReischauerMŏngnŭn pangsong

Mukbang, muk-bang atau meokbang (Korea: [mʌk̚.p͈aŋ]  ( dengar)- kata lakur bahasa Korea 먹는; meongneun "makan" dan 방송; bangsong "penyiaran"[1] yakni "siaran makan") ialah suatu siaran langsung dalam talian di mana pengacara memakan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton. Fenomena ini mula terkenal serata Korea Selatan pada tahun 2010.

Penstriman jenis sebegini sangat dikehendaki bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti paras rupa pengacara ataupun tahap dan tatacara antara pengacara dengan penonton; ia banyak berfungsi sebagai suatu masyarakat maya yang aktif berhubung sesama anggota atau pengguna.[2][3][1]

Muasal[sunting | sunting sumber]

Majalah The Economist ada menyatakan dalam laporannya mengenai fenomena ini di mana ia banyak mendapat perhatian masyarakat Korea atas rasa tidak senang berikutan keadaan ekonomi di negara tersebut yang boleh menjejaskan cara hidup termasuk pemakanan seharian.[4]

Faktor kemasyhuran[sunting | sunting sumber]

Kim-Hae Jin, calon kedoktoran Universiti Chosun, bekata bahawa penontonan boleh memberi sifat kesenangan secara tak terus yang mendorong seseorang kepada nafsu makan. Hos mukbang berinteraksi dengan para penonton melalui ruang sembang, dan kadangkala digelar sebagai "avatar" kepada penonton lalu menuruti apa jua permintaan penonton.[5]

Kajian daripada Unviersiti Kebangsaan Seoul mendapati bahawa penghilangan sifat kesepeian akibat makan secara bersendiri boleh dijadikan faktor utama kemasyhuran mukbang.[6] Satu lagi sebab ialah potensi seksual yang dapat terbit daripada menonton video-video ini. Para penyelidik berhujah bahawa mukbang boleh dilihat untuk mengisi nafsu-nafsu terhadap wanita, dan menegaskan lagi punca kebanyakan hos mukbang ialah wanita dengan rupa paras menawan.[7] Sesetengah kajian lain berkata bahawa ada yang melihat mukbang sebagai suatu hiburan, berehat daripada dunia nyata atau ingin memperoleh keseronokan daripada aspek ASMR seperti bunyian dan sensasi makan.[7][6][8][9] Para penyelidik juga mengesahkan bahawa mukbang dapat membolehkan penonton, terutamanya mereka yang mengamalkan suatu diet atau mengidam untuk "makan" secara tak terus.[7]

Isu[sunting | sunting sumber]

Isu gaya hidup dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Jumlah makanan dan cara pengambilan makanan dalam mukbang telah dikritik kerana menormalkan dan mengagungkan tabiat pemakanan secara rakus dan berlebihan.

Pada Julai 2018, kerajaan Korea Selatan mengumumkan bahawa mereka akan mewujudkan dan mengawal selia garis panduan mukbang dengan melancarkan "Langkah Komprehensif Pengurusan Obesiti Kebangsaan". Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat mengumumkan langkah-langkah itu untuk menangani isu pemakanan berlebihan sehingga tahap membahayakan kesihatan awam yang disebabkan oleh mukbang. Kritikan telah dikenakan terhadap pihak kementerian: lembaga petisyen Blue House menerima kira-kira 40 petisyen menentang peraturan mukbang, yang mengekalkan hujah seperti "tidak ada kaitan antara mukbang dan isu pemakanan berlebihan" dan "kerajaan melanggar kebebasan individu."[10]

Satu kajian yang menyiasat populariti mukbang dan impak kesihatannya kepada orang ramai, menganalisis liputan media, artikel dan kandungan video YouTube yang berkaitan dengan mukbang dan menyimpulkan bahawa orang yang kerap menonton mukbang mungkin lebih terdedah kepada pemakanan yang kurang baik, dan akan memiliki kecenderungan untuk makan secara impulsif pada bila-bila masa orang yang terkesan diperlihatkan makanan.[6] Pada sudut pembina konten, sifat kesenangan yang diperoleh para penonton mendorong pembuat video untuk memakan makanan tak sihat dalam kuantiti yang melampau.[11]

Melihat pada kes-kes melihatkan bintang mukbang, pada 2019, pembuat video mukbang Nicholas Perry, yang dikenali sebagai Nikocado Avocado, berkongsi bahawa jumlah makan berlebihan daripada mukbang telah menjejaskan kesihatannya, membawa kepada isu-isu seperti mati pucuk, cirit-birit yang kerap dan berat badan bertambah.[12] Pada Ogos 2021, seorang lagi pembuat konten mukbang, Omar Palermo, juga dikenali sebagai YouTubo Anche Io, meninggal dunia akibat serangan jantung.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Evans, Stephen (5 February 2014). "The Koreans who televise themselves eating dinner". BBC. Dicapai pada 24 March 2015.
  2. ^ Cha, Frances (2 February 2014). "South Korea's online trend: Paying to watch a pretty girl eat". CNN. Dicapai pada 24 March 2015.
  3. ^ Hu, Elise (24 March 2015). "Koreans Have An Insatiable Appetite For Watching Strangers Binge Eat". NPR. Dicapai pada 24 March 2015.
  4. ^ "The food-show craze". The Economist. 2015-06-27. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  5. ^ Kim (김), Hye Jin (혜진) (2015). "문화학 : 하위문화로서의 푸드 포르노(Food Porn) 연구 - 아프리카TV의 인터넷 먹방을 중심으로 -" [A Study on Food Porn as a Sub-Culture - Centering on Internet "Meokbang" (eating scene) in Afreeca TV -]. 인문학연구 (dalam bahasa Korea). 50: 433–455. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2018. Dicapai pada 22 October 2018.
  6. ^ a b c Kang, EunKyo; Lee, Jihye; Kim, Kyae Hyung; Yun, Young Ho (September 2020). "The popularity of eating broadcast: Content analysis of 'mukbang' YouTube videos, media coverage, and the health impact of 'mukbang' on public". Health Informatics Journal. 26 (3): 2237–2248. doi:10.1177/1460458220901360. PMID 31992111.
  7. ^ a b c Kircaburun, Kagan; Harris, Andrew; Calado, Filipa; Griffiths, Mark D. (6 January 2020). "The Psychology of Mukbang Watching: A Scoping Review of the Academic and Non-academic Literature". International Journal of Mental Health and Addiction. 19 (4): 1190–1213. doi:10.1007/s11469-019-00211-0.
  8. ^ Noreena Hertz (2020). "Chapt. 4". The Lonely Century: Coming Together in a World that's Pulling Apart. Sceptre. ISBN 978-1529329254.
  9. ^ Adema, Pauline. "Vicarious consumption: Food, television and the ambiguity of modernity." The Journal of American Culture 23.3 (2000): 113.
  10. ^ 동희, 한 (2018-07-29). "해외선 'mukbang'(먹방)은 고유명사..'먹방 규제' 놓고 시끌" [The foreign line 'mukbang' (Yoobang) is a proper noun...]. news.chosun.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2018. Dicapai pada 2018-12-10.
  11. ^ "The Psychology of Mukbang Watching: A Scoping Review of the Academic and Non-academic Literature". International Journal of Mental Health and Addiction (dalam bahasa Inggeris). 19: 1190–1213. 6 Januari 2020.
  12. ^ Matthews, Melissa (June 2019). "Why Mukbang Is Huuuuuuuge". Men's Health Singapore.
  13. ^ TG24, Sky. "Morto Omar Palermo, lo youtuber di 'Youtubo anche io'". tg24.sky.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2021-08-20.