Muzium Perhutanan Negeri Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Perhutanan Negeri Kelantan terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Kelantan. Ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri Kelantan yang mengawal hasil hutan.

Jabatan Perhutanan telah medapat peruntukan sebanyak lebih kurang RM 1 juta untuk tujuan penubuhan Muziumb Perhutanan Negeri Kelantan, di bawah Rancangan Malaysia ke-7.[1]

Pada peringkat awalnya pihak Jabatan telah menghubungi pihak perunding daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi Tempatan untuk mereka bentuk bangunan muzium dan menyediakan pelan konsep layout susunatur dalaman,luaran dan lanskap.

Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil, peruntukan bagi pembinaan muzium yang telah dilulus itu dibekukan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun pihak, jabatan telah berusaha untuk menggunakan sebahagian peruntukan yang dilulus untuk mengubahsuai dan membaiki bangunan sedia ada untuk dijadikan Muzium Perhutanan sementara.

Bagi tujuan pameran dan pendidikan, pihak jabatan telah mengumpul beberapa artifak yang berkaitan dengan sektor Perhutanan Negeri Kelantan dari peruntukan sedia ada.

Muzium Perhutanan Negeri Kelantan di bina dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat. Ianya meliputi keadaan semulajadi hutan dan penggunaan plot-plot contoh dan kawasan yang sedia ada di sekitaran kawasan bangunan muzium.

Bahagian dalam muzium pula meliputi susun atur dalaman bagi bahan-bahan artifak dan juga mengenai maklumat serta peralatan yang berkaitan dengan sektor Perhutanan Negeri Kelantan.

Sehingga kini pihak Jabatan sedang giat mengumpulkan koleksi bahan-bahan pameran untuk dipamerkan kepada para pelawat dan orang ramai secara berterusan. Ini adalah untuk menarik minat pelawat secara berterusan.

Muzium Perhutanan ini di buka untuk para pengunjung bagi tujuan pendedahan terhadap perkembangan dan peranan hutan ke atas kehidupan manusia sejagat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]