Pergi ke kandungan

Muzium Perhutanan Negeri Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Perhutanan Melaka

Muzium Perhutanan Negeri Melaka terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Melaka. Ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri yang mengawal hasil hutan.

Pada awal tahun 1974, satu cadangan mengenai penubuhan muzium terbuka Muzium Perhutanan Negeri Melaka telah diluluskan peruntukannya melalui Peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. [1]

Pada tahun yang sama juga pihak UPEN telah meluluskan perlantikan juru perunding untuk melaksanakan projek ini dengan kerjasama UPEN dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Berikutan dengan itu, Pelan Konsep bangunan dan juga tata rajah bangunan telah disediakan oleh pihak juru perunding untuk tujuan pengeluaran tender.

Berikutan dengan itu, dokumen kontrak lengkap telah ditandatangani oleh pihak UPEN dengan pihak-pihak juru perunding kontrak pada bulan November 1994. Projek ini kemudiannya dilaksanakan dan keseluruhan pembinaan Muzium Terbuka ini telah siap pada tahun 1996. Program pengisian artifak muzium dimulakan pada tahun 1997 langkah demi langkah. Muzium Terbuka ini merangkumi Bangunan A hingga I.

Muzium Perhutanan ini di buka untuk para pengunjung bagi tujuan pendedahan terhadap perkembangan dan peranan hutan ke atas kehidupan manusia sejagat.