My Frenetic Flux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
My Frenetic Flux
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanKumpulan Muzik
Tahun aktif2010 - 2016, 2017 - 2021 (Hiatus)
Syarikat rakaman
Indie
Pengkarya berkait
Rock
Laman sesawang
www.facebook.com/myfreneticflux
AhliFi (Vocal, Guitar) , Anuar (Guitar) , Asheed (Bass) , Qal (Drum)


My Frenetic Flux merupakan sebuah kumpulan muzik rock terkini dari Malaysia yang bergerak secara bebas dari Malaysia dan sedang meningkat naik. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan dianggotai oleh Fi (Vokal/Gitar), Anuar (Gitar), Asheed (Bass) & Qal (Drum). Kumpulan ini telah ditubuhkan apabila Fi telah merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang dipengaruhi elemen rock & metal dari kumpulan-kumpulan legenda seperti Metallica, Iron Maiden, Nirvana, Pearl Jam, 30 Second To Mars, Guns & Roses & Trivium. Hasrat tersebut telah disuarakan kepada Qal dan beliau telah bersetuju. Perancangan tersebut menjadi kenyataan apabila rakan baik mereka iaitu Anuar & Asheed turut menyertai formasi My Frenetic Flux.

Pada penghujung Mei 2010 mereka memulakan aksi pertama di pentas 'live' apabila menyertai sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi 'Celcom'. Pertandingan yang diberi nama 'Battle Of The Band 3' itu dianjurkan bersempena Festival Belia 'Youth 10' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).[perlu rujukan]


Pada Februari 2011 mereka telah menerbitkan demo pertama yang bertajuk 1.0. Demo ini merupakan pengenalan awal dari My Frenetic Flux kepada pendengar umum. Ia mengandungi 2 trek lagu yang terdiri dari Beyond Tomorrow (Inggeris) & Saat Terjatuh (Melayu).Ia juga menampilkan arah muzik sebenar kumpulan ini apabila percampuran pengaruh muzik dari kumpulan-kumpulan yang mempengaruhi mereka dengan elemen baru yang mencorak identiti moden dalam muzik mereka.

Menyusuri 2011 dengan beberapa aksi persembahan 'LIVE', mereka kembali ke studio rakaman berbekalkan ilham untuk mencoret karya bagi rilisan berikutnya.Maka terhasilnya single 'SIGNIFIKAN' yang selamat dilancarkan atas talian pada tarikh keramat 20112011.Tahun 2011 juga mencatat peningkatan yang memberangsangkan apabila mereka mula mendapat perhatian penganjur dan mereka telah membuat beberapa persembahan pentas pada tahun tersebut.

Tahun 2012 menyaksikan mereka telah mendapat peluang dan kepercayaan untuk beraksi di pentas berskala konsert seperti Kotakmuzik 2012, Konsert Indie Hari Belia Negara, FEYST 2012 Concert & UHS Band Starz Concert. Pada September 2012, mereka telah merakamkan semula lagu popular Rolling In The Deep dendangan artis ternama Adele dengan susunan muzik tersendiri yang kreatif.Video muzik lagu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak dengan respon yang positif dalam dan luar negara.My Frenetic Flux telah memulakan sesi rakaman untuk album mini (E.P) terbaru pada November 2012.

E.P yang bertajuk '5102' itu telah diterbitkan pada 2015 di bawah label IV Music iaitu sebuah label indie tempatan dengan menampilkan 5 buah lagu seperti Zon 5102, Saat Terjatuh, Beyond Tomorrow, Signifikan & Satu Titik Lenyap.

Sumber Google Malaysia

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 2015 - 5102 [EP]
  • 2011 - Signifikan [Single]
  • 2010 - 1.0 [Demo]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2013 - Naib Juara bagi Earth Hour Band Contest (WWF Malaysia)
  • 2012 - Juara bagi UHS Band Starz Award


Pautan luar[sunting | sunting sumber]