My Name is Love
My Name is Love | |
---|---|
Pengarah | Wasin Pokpon |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | M Pictures Independent Film |
Tarikh tayangan | 11 Oktober 2012 |
Masa tayangan | 129 Minit |
Negara | Thailand |
Bahasa | Thai |
My Name is Love ialah filem romantis komedi Thailand tahun 2012 arahan Wasin Pokpon.
Plot
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Que. Ketika sekolah dulu Que merupakan seorang lelaki yang hensem dan popular sehingga dia banyak disukai oleh para wanita dan itu membuat Que merasa sombong dan tinggi hati. Ketika seorang wanita bernama Kerr yang merupakan jiran dia bertubuh gemuk dan berkaca mata tebal menyatakan cinta pada Que. Que pun menolak Kerr mentah-mentah dan selepas itu mengejek Kerr. Kerana merasa dihina, Kerr pun bersumpah pada dirinya sendiri bahawa dia akan membuat Que jatuh cinta dan dia tidak akan menerima Que meskipun nanti dia akan memohon pada Kerr.
Ketika mereka sudah besar, Kerr menjadi seorang wanita yang cantik sehingga membuat Que merasa menyesal selepas apa yang dulu pernah dia buat Kerr. Que pun ingin meminta maaf pada Kerr dan menyatakan cintanya pada gadis itu setelah dulu dia pernah menolak Kerr bahkan mengejek Kerr hingga membuatnya sakit hati.
Namun kerana tidak sengaja, Que pun mendaftar menjadi seorang dewa cinta sehingga harus menyelesaikan tugas-tugasnya sebelum menyelesaikan urusannya sendiri. Bahkan selama Que menjadi dewa cinta Que tidak boleh menyatakan cinta pada seseorang yang dicintainya. Kerr yang tidak memahami perasaan Que yang sebenarnya pun akhirnya lebih memilih untuk menjauh.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Arak Amornsupasiri sebagai Que
- Bo Thunyasupan sebagai Kerr
- Jas Chuanchuen sebagai Odd
- Kom Chauncheun sebagai Uncle Tom
- Pangpicth Preechabarisuthkul sebagai Big
- Jiraprapaha Marayart sebagai Mew