NCT Dream

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

NCT DREAM (Hangul: 엔시티 드림; RR; Ensiti Deurim) merupakan sub-unit bagi kumpulan muzik Korea Selatan NCT yang dibentuk oleh SM Entertaiment pada tahun 2016. Mereka pada mulanya bertujuan untuk menjadi unit remaja NCT dengan sistem kemasukan dan pengijazahan, di mana ahli akan keluar selepas mencapai umur majoriti (20 tahun bagi pengiraan umur korea, 19 tahun secara antarabangsa) sebelum penjenamaan semula pada 2020. Sub-unit ini memulakan kerjaya pada 25 Ogos 2016, dengan single "Chewing Gum" dan barisan tujuh ahli — Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung yang umur puratanya ialah 15.6 tahun. Di akhir tahun 2018, Mark meninggalkan NCT Dream namun kembali pada tahun 2020 apabila kumpulan itu mula mempromosikan sebagai kumpulan tetap tujuh ahli.