Nahnu Jundullah Jundulwatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nahnu Djundullah Djndulwatan)
Naḥnu Jundullah, Jundulwaṭan
نحن جند الله، جند الوطن

anthem  Sudan
LirikAhmad Muhammad Salih
MuzikAhmad Murjan
Diguna pakai1956
(Dikemas kini pada 2010)
Sampel audio
Nahnu Jundullah, Jundulwatan

Naḥnu Jundullah Jundulwaṭan (Arab:نحن جند الله، جند الوطن), (Melayu: Kami adalah angkatan tentera Tuhan dan Tanah air) ialah lagu kebangsaan Sudan. Lirik dicipta oleh Sayed Ahmad Muhammad Salih dan lagu oleh Ahmad Murjan. Lagu kebangsaan ini diterima pakai selepas merdeka daripada Britain dan Mesir pada 1956.

Teks Arab[sunting | sunting sumber]

نحن جنــــد الله جنــــد الوطــــن
إن دعـــــا داعي الفـــداء لم نخــن
نتحــدى المـــوت عنـــد المحـــن
نشترى المجــد بأغلى ثمــــــــــــن
هــذه الأرض لــنا
فليعش ســــــوداننا
عـــلماً بين الأمـــم
يابني الســــودان هـــــــذا رمزكم
يحمل العبء ويحمى أرضـــــكم

Teks Rumi[sunting | sunting sumber]

Naḥnu Jundullah Jundulwaṭan.
In Da A Da Il Fida Lam Nakhun.
Natahaddal Maut Endalmiḥan.
Nashta Ril Majda Bi Aghlathaman.
Hathihil Arḍu Lana! Falyaish Sudanuna,
Alaman Bayn Al Umam.
Ya Bani Sudan, Hatharamzukum;
Yaḥ Miluleb, Wa Yaḥmi Arḍakum.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Kami adalah angkatan tentera Tuhan dan tanah air,
Kami tidak akan gagal apabila dipanggil untuk berkorban.
Tidak kira mengharungi kematian, penderitaan atau kesakitan,
Kami menggadai nyawa sebagai harga untuk kegemilangan
Semoga tanah Sudan kita hidup lama
Menunjukkan jalan kepada semua negara
Anak-anak Sudan kini diseru untuk berkhidmat,
Pikul tanggungjawab untuk melindungi negara kita.