Namak Issk Ka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Namak Issk Ka
GenreRomantik
Drama Sosial
Ditulis olehDivya Sharma
Aparajita Sharma
PengarahAtif Khan
Pengarah kreatif
Muskan Bajaj
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Tapas Relia
Lagu pembukaanNamak
PenggubahNishant–Raja
Negara asalIndia
BahasaHindi
Bilangan musim1
Bilangan episod50
Penerbitan
PenerbitGul Khan
Deepti Kalwani
PenyuntingShashank Harendra Singh
Rakesh Lal Das
SinematografiNidhin Valanday
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran22–25 minutes
Syarikat penerbitan
4 Lions Films
Syarikat pengedaran
Viacom 18
Penyiaran
Saluran asalColors TV
Format gambar576i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asalIndia: 7 Disember 2020 (2020-12-07) Malaysia : 15 Februari 2021 (2021-02-15) – present
Pautan luar
Voot
Tapak sesawang penerbitan 4 Lions Films

Namak Issk Ka (Hindi: नमक इश्क का, "Garam-garam Cinta" atau dalam Melayu secara mudah disebut Pahit Manis Percintaan) ialah drama bersiri India yang disiarkan di saluran Colors TV .Rancangan ini diterbitkan oleh Gul Khan dan Deepti Kalwani di bawah syarikat penerbitan 4 Lions Films . [1] Ia dibintangi oleh Shruti Sharma, Aditya Ojha dan Monalisa .Rancangan ini mula disiarkan kepada umum mulai 7 Disember 2020 di semua rangkaian Colors TV iaitu Colors TV India, Colors TV APAC dan Aapka Colors kecuali Malaysia. Di Malaysia (bawah seliaan ASTRO Malaysia), rancangan ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam bermula pada Isnin 15 Februari 2021.

Sinopsis Umum[sunting | sunting sumber]

Namak Issk Ka mengisahkan tentang seorang penari perempuan (nachaniya) bernama Kahaani Verma atau lebih dikenali dengan nama Chamcham Rani dan seorang usahawan yang kaya bernama Yug Pratap Rajput.Mereka merupakan kawan baik pada zaman kanak-kanak tetapi mereka dipisahkan oleh sebuah kemalangan yang agak tragis.Mereka akhirnya bertemu semula selepas 15 tahun terpisah.Akan tetapi, pada masa mereka bertemu semula, Yug telah menyedarii bahawa rakannya itu telah menjadi seorang penari.

Sinopsis Episod[sunting | sunting sumber]

Episod 1

Kahani dan Yug, kawan karib pada zaman kanak-kanak akhirnya bertemu semula selepas kemalangan yang memisahkan mereka berdua 15 tahun yang lepas.Dalam episod ini, mereka bertemu semula dan apakah reaksi Yug setelah mengetahui bahawa Chamcham telah menjadi seorang penari murahan?


Episod 2

Dalam perjalanan ke rumah, Yug ternampak ada beberapa perhiasan yang diletakkan di sebuah jalan yang menuju ke rumahnya.Rupa-rupanya, perhiasan itu adalah untuk menyambut ketiban Chamcham,seorang penari yang sangat terkenal di daerah Arrah.Setelah mengetahui rakannya, Kahani ialah Chamcham, iaitu penari terkenal itu yang sama menari semasa majlis puja di rumahnya tempoh hari, dia berlalu pergi dengan rasa jijik terhadap Kahani.


Episod 3

Yug membuang serta-merta sebentuk cincin yang telah disentuh dan dipegang oleh Kahani lalu mencuci tangannya di khalayak ramai sebagai tanda bahawa dia amat jijik dengan Kahani, lalu menyebabkan Kahani tersinggung akan perbuatannya itu.

Barisan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

  • Shruti Sharma sebagai Kahaani "Chamcham" Verma: Penari Murahan; Isteri dan sahabat masa kecil Yug; Anak perempuan tiri Iravati; Anak perempuan Gayatri dan Ravikant, kakak angkat Rani dan Lucky, adik tiri Rupa dan Gunjan, menantu Nishikant dan Saroj (2020– sekarang) [2]
  • Aditya Ojha sebagai Yug Pratap Rajput: Anak Saroj dan Nishikant, saudara Raunak dan Juhi, suami dan sahabat masa kecil Kahani (2020– sekarang) [3]

Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Monalisa sebagai Iravati Verma: Isteri Ravikant, ibu Rupa dan Gunjan, ibu tiri Kahaani (2020-sekarang) [4]
  • Aamir S Khan sebagai Raunak "Ronny", Pratap Rajput - Anak Nishikant dan Saroj, suami Rupa, saudara Yug, ayah Harsh (2020– sekarang)
  • Drishti Thakur sebagai Juhi Rajput– Saudara perempuan Yug dan Raunak, Anak perempuan Nishikant dan Saroj (2021– sekarang)
  • Meena Naithani sebagai Amba Rajput - Ibu Nishikant, Raunak, Yug dan nenek Juhi (2021– sekarang)
  • Rajshri Rani sebagai Rupa Rajput– Isteri Raunak, ibu Harsh, kakak ipar Yug, anak perempuan Iravati, saudara perempuan Gunjan, adik tiri Kahaani [5] (2020 – sekarang)
  • Ayansh Mishra sebagai Harsh Rajput - Anak Rupa dan Raunak, sepupu Yug (2020– sekarang)
  • Zoya Humayuh sebagai Rani - Adik Lucky dan Kahani (2020– sekarang)
  • Tidak dikenali sebagai Lucky– Saudara Rani dan Kahani (2020– sekarang)
  • Garima Vikrant Singh sebagai Saroj Rajput– Ibu Juhi, Raunak dan Yug, ibu mertua Rupa, isteri Nishikant (2020– sekarang)
  • Sheetal Tiwari sebagai Gunjan Verma– Anak perempuan Ravikant dan Iravati, kakak Rupa, adik tiri Kahaani, bekas tunang Yug (2020– sekarang)
  • Anjali Gupta sebagai Gayatri Verma - Isteri pertama Ravikant, ibu Kahaani <telah mati> (2020)
  • Muzaffar Khan sebagai Ravikant Verma– Suami kepada Iravati dan Gayatri, Kahaani, Ayah Gunjan dan Rupa (2020– sekarang)
  • Jaswant Menaria sebagai Shailendra Thakur - Pengintip Kahaani, dibunuh oleh Iravati (2020)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "In Video: Colors unveils promo of Gul Khan's new fiction Namak Issk Ka". BizAsia.
  2. ^ "Shruti Sharma promotes her new show 'Namak Ishq Ka' on social media". ABP LIVE. 20 Nov 2020.
  3. ^ "'Namak Ishq Ka' Cast: See who plays which character in upcoming Colors TV show". Republic World. 10 November 2020.
  4. ^ "'Namak Ishq Ka' Cast: See who plays which character in upcoming Colors TV show". Republic World. 10 November 2020.
  5. ^ "Rajshri Rani bags Colors' Namak Issk Ka". 13 November 2020.

Pautan Luaran[sunting | sunting sumber]