Nandivarman II
Nandivarman II merupakan salah seorang raja dari keturunan Pallava. Dia menjadi raja selepas berlaku perperangan merebut takhta dikalangan pegawai dan saudara-maranya.
Nandivarman II kemudian menyerang Pandyas dan mengalahkan mereka kerana pihak Pandyas tidak dibantu oleh Chalukyas. Tetapi pihak Chalukyas, Raja Keertiverma (anak lelaki Vikramaditya II) segera menyerang Pallavas sebaik sahaja Pandyas dikalahkan dan mengalahkannya. Bagaimanapun Nandivarman II telah mengahwini puteri Rashtrakuta, Reetadevi dan kembali menubuhkan kerajaan Pallava. Dia digantikan oleh Dantiverma (AD 796 hingga 846) yang memerintah selama 54 tahun. Dantiverma dikalahkan oleh raja Rastravita, Dantidurga dan kemudian oleh Pandyas.
Dantiverma digantikan oleh Nandivarman III pada AD 846. Kisah dalam buku Tamil, Nandikkalubalakam menyatakan Nandivarma III amat berkuasa. Nandivarma III kemudiannya digantikan oleh Nrupatungavarma yang mempunyai dua saudara, Aparajitavarma dan Kampavarma. Raja Chola mendorong Aparajitavarma membuat perang saudara dan akhirnya berjaya menawan takhta Pallava dengan bantuan Chola tetapi terpaksa membayar harga yang mahal bagi bantuan mereka. Raja berikutnya yang lemah dan ketidak stabilan politik menjadikan Pallavas sebagai kerajaan kecil dan menjadikan Chola sebagai kerajaan utama di pentas politik Selatan India.