Nanosaat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nanosaat (ns) ialah suatu unit masa SI yang bersamaan dengan satu per ribu juta bahagian sesaat, (atau satu per bilion sesaat) yakni, 1/1,000,000,000 sesaat atau 10−9 saat.

Perkataan ini terbentuk daripada gabungan imbuhan nano dan saat, suatu unit masa. Ia diwakili oleh singkatan ns.

Satu nanosaat bersamaan dengan 1000 pikosaat atau 11000 mikrosaat. Memandangkan unit SI seterusnya bernilai 1000 kali lebih besar, perkiraan 10−8 dan 10−7 saat secara umumnya diungkapkan sebagai berpuluh-puluh atau beratus-ratus nanosaat.

Jangka masa ini sering dijumpai dalam bidang telekomunikasi, laser berdenyut dan beberapa bidang elektronik tertentu.

Antara ukuran biasa yang terpilih[sunting | sunting sumber]

  • 0.5 nanosaat – separuh hayat berilium-13.
  • 1.0 nanosaat – masa kitar suatu gelombang elektromagnet dengan frekuensi 1 GHz (1×109 hertz).
  • 20–40 nanosaat – masa tindak balas pelakuran dalam suatu bom hidrogen
  • 77 nanosaat – satu per enam (satu per 60 per 60 per 60 per 60 daripada satu saat)
  • 1000 nanosaat – one mikrosaat