Naskhah
Naskhah (serapan Arab: نُسخَة, rumi: nuskhat "salinan" daripada kata kerja نَسَِخ nasikha "menyalin")[1][2] atau manuskrip ialah sebuah dokumen yang ditulis dengan tangan[3] berbanding dengan dokumen yang tercetak ataupun terhasil dengan kaedah lain. Semua dokumen berbentuk naskhah sebelum penciptaan mesin cetak. Dalam konteks penerbitan dan ilmiah, naskhah merupakan teks yang dilanjutkan kepada penerbit atau pencetak untuk penerbitan, tidak kira apa jua formatnya.
Naskhah-naskhah tidak ditetapkan oleh isi kandungan, yang mungkin mencampurkan tulisan dengan kiraan matematik, peta, gambar rajah ataupun lukisan. Naskhah terdapat dalam bentuk buku, skrol, atau bentuk kodeks.
Ketika giatnya persuratan Melayu lama, naskhah sesebuah hikayat atau sejarah difahamkan dan dikaitkan kuat dengan sumber asal kandungannya yang tidak boleh ditokok tambah, bahkan suatu cetakan berkulit menyalin isi sebuah naskhah dikira sebagai suatu pekerjaan.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 358. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ a b Proudfoot, Ian (2002). "From recital to sight-reading: The silencing of texts in Malaysia". Indonesia and the Malay World. 30 (87): 117–144. doi:10.1080/1363981022000005253.
- ^ Takrif DBP
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Riau manuscripts: the gateway to the Malay intellectual world - laman arkib koleksi manuskrip Jawi dari Kepulauan Riau didigitasikan bersama Yayasan Manuskrip Nusantara Malaysia, Perpustakaan Negara Singapura dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia kelolaan Perpustakaan British
- Naskah Sumatra - pangkalan data mengkhusus kepada projek pendigitalan manuskrip-manuskrip Sumatera kelolaan Sekolah Kajian Dunia Timur dan Afrika Universiti London