Naziruddin Mohd Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Naziruddin Mohd Nasir

Ph.D (Oxford)
Mufti Negara Singapura
Memegang jawatan
1 Mac 2020
Didahului olehFatris Bakaram
Butiran peribadi
Alma materUniversiti al-Azhar, Universiti Oxford

Dr Nazirudin bin Mohd Nasir ialah seorang pemimpin agama Islam di Singapura. Beliau dilantik sebagai Mufti Negara Singapura sejak 1 Mac 2020.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan sarjana muda dalam Syariah lulusan Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kemudian beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam pengajian undang-undang perbandingan dan antarabangsa di Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, Universiti London, United Kingdom. Beliau menyambung pengajian sarjana falsafah dan menerima kedoktoran falsafah {Ph.D} dalam teologi dan agama daripada Universiti Oxford di United Kingdom.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dr Fatris Bakaram undur diri sebagai Mufti Negara; Dr Nazirudin bakal ambil alih jawatan". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.
  2. ^ "Nazirudin Bin Mohd Nasir, Dr". Pergas Blog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.