Negara bukit (hieroglif)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hieroglif negara bukit
3 Bukit
" negara berbukit "
dalam hieroglif
N25

Hieroglif Mesir purba Negara Bukit atau "Tanah Asing" ( 𓈉 ) ialah satu daripada hieroglif-hieroglif langit, bumi dan air. Dalam satu contoh hieroglif ini yang berwarna, ia mempunyai garis hijau (jalur) di pangkal hieroglif. Hieroglif itu melambangkan bukit-bukau dan pergunungan di kedua-dua belah Sungai Nil, jadi hijau melambangkan tanah pertanian hitam yang menghijau di sebelah sungai Nil. Ia dikodkan N25 dalam senarai tanda Gardiner, dan U+13209 dalam Unicode. Ia adalah hieroglif penentu, hanya menyampaikan makna dan tidak dibunyikan.[1]

Pelbagai warna dan corak[2] boleh diguna untuk seluruh hieroglif itu apabila bahagian bawahnya berwarna hijau.

Tiga kegunaan utama[sunting | sunting sumber]

Asqalan seperti yang ditulis pada Batu Bersurat Merneptah: iskeluni-(menggunakan hieroglif n, dan penentu kayu.

Hieroglif tanah berbukit Mesir purba ini mempunyai tiga kegunaan utama:

1 – negara bukit, atau bukit-bukau
2 – rujukan kepada tanah gurun, gersang
3 – Penentu, untuk negeri asing

Hieroglif itu melambangkan idea atau memberikan maklumat tambahan dalam perkataan khast (khaset), dan ia sering diterjemahkan kepada tanah berbukit, gurun, tanah asing, atau daerah.[3][4]

Kegunaan sebagai penentu[sunting | sunting sumber]

Nama Hatti dalam hieroglif. (daripada Batu Bersurat Merneptah)

Satu kegunaan utama hieroglif negara bukit adalah untuk menentukan hieroglif sebelumnya itu merujuk kepada sebuah "negeri", tetapi khususnya nama-nama negeri asing. Contohnya dalam Batu Bersurat Merneptah, negeri-negeri asing disebut, antaranya negeri Hatti.

Contoh nama-nama dengan penentu "tanah"[sunting | sunting sumber]

Senarai penggunaan simbol penentu negeri asing:

Sembilan Busur (orang asing atau pemberontak)[sunting | sunting sumber]

negeri asing Sembilan
dalam hieroglif
N25
t
Z1 Z1 Z1 Z1 Z1
Z1 Z1 Z1 Z1

Dalam satu ejaan bagi sebuah kaum yang dinamakan Sembilan busur, hieroglif negara Bukit digunakan, bersama-sama "t" dan sembilan garisan.[10][11] Sembilan negeri asing yang digunakan untuk Sembilan Busur juga ditulis di dalam kartusy, dengan nama-nama mereka. Kartusy mereka ialah 'mayat' "banduan", atau "tawanan", tangan diikat di belakang, nama negeri/bandar itu di dalam kartusy.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seperti kebanyakan perkataan hieroglif Mesir, perkataan "Israel" menggunakan simbol tambahan yang tidak mempunyai nilai fonetik. Sarjana memanggil simbol-simbol tersebut "penentu" kerana ia menentukan jenis perkataan yang dikaitkan dengannya."Bible Review (dalam bahasa Inggeris). Biblical Archaeology Society. 1997. m/s. 38.
  2. ^ Betrò, pg 158
  3. ^ Budge, An Egyptian Hieroglyphic Dictionary, "kh", 'khast', pg 533b
  4. ^ Betrò, "Hilly Terrain", pg 158
  5. ^ "Susa, Statue of Darius - Livius". www.livius.org (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955.
  7. ^ "Susa, Statue of Darius - Livius". www.livius.org (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955.
  9. ^ a b "Arachosia, Sattagydia, dan India digambarkan dan dinamakan sebagai kerajaan-kerajaan takluk, yang diukir oleh Mesir, pada tapak patung Darius I dari Susa."Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EI" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Budge, pg 533b
  11. ^ Budge, pg lxxvii, "IV, 480", (Urkunden der 18 Dynastic, Bande III und IV bearbeitet von K. Sethe)-(Kurt Heinrich Sethe)
  • Betrò, Maria Carmela. Hieroglyphics: The Writings of Ancient Egypt , c. 1995, 1996-(Bahasa Inggeris), Abbeville Press Publishers, New York, London, Paris (kulit keras,ISBN 0-7892-0232-8 )
  • Budge. Kamus Hieroglyphic Mesir, EAWallace Budge, (Penerbitan Dover), c 1978, (c 1920), edisi Dover, 1978. (Dalam dua jilid) (kulit lembut,ISBN 0-486-23615-3 )