Negara bukit (hieroglif)
3 Bukit " negara berbukit " dalam hieroglif | ||
|
Hieroglif Mesir purba Negara Bukit atau "Tanah Asing" ( 𓈉 ) ialah satu daripada hieroglif-hieroglif langit, bumi dan air. Dalam satu contoh hieroglif ini yang berwarna, ia mempunyai garis hijau (jalur) di pangkal hieroglif. Hieroglif itu melambangkan bukit-bukau dan pergunungan di kedua-dua belah Sungai Nil, jadi hijau melambangkan tanah pertanian hitam yang menghijau di sebelah sungai Nil. Ia dikodkan N25 dalam senarai tanda Gardiner, dan U+13209 dalam Unicode. Ia adalah hieroglif penentu, hanya menyampaikan makna dan tidak dibunyikan.[1]
Pelbagai warna dan corak[2] boleh diguna untuk seluruh hieroglif itu apabila bahagian bawahnya berwarna hijau.
Tiga kegunaan utama
[sunting | sunting sumber]Hieroglif tanah berbukit Mesir purba ini mempunyai tiga kegunaan utama:
- 1 – negara bukit, atau bukit-bukau
- 2 – rujukan kepada tanah gurun, gersang
- 3 – Penentu, untuk negeri asing
Hieroglif itu melambangkan idea atau memberikan maklumat tambahan dalam perkataan khast (khaset), dan ia sering diterjemahkan kepada tanah berbukit, gurun, tanah asing, atau daerah.[3][4]
Kegunaan sebagai penentu
[sunting | sunting sumber]Satu kegunaan utama hieroglif negara bukit adalah untuk menentukan hieroglif sebelumnya itu merujuk kepada sebuah "negeri", tetapi khususnya nama-nama negeri asing. Contohnya dalam Batu Bersurat Merneptah, negeri-negeri asing disebut, antaranya negeri Hatti.
Contoh nama-nama dengan penentu "tanah"
[sunting | sunting sumber]Senarai penggunaan simbol penentu negeri asing:
-
Parthia (𓊪𓃭𓍘𓇋𓍯𓈉,P-rw-ti-wꜣ), salah satu daripada 24 jajahan Empayar Akhemeniyah, dalamPatung Mesir Darius I.
-
-
𓉔𓃭𓐍𓂧𓇌𓈉
h-rw-ḫ-d-y
Gandhara, tamadun di barat laut Pakistan. -
Sembilan Busur (orang asing atau pemberontak)
[sunting | sunting sumber]negeri asing Sembilan dalam hieroglif | |||
|
Dalam satu ejaan bagi sebuah kaum yang dinamakan Sembilan busur, hieroglif negara Bukit digunakan, bersama-sama "t" dan sembilan garisan.[10][11] Sembilan negeri asing yang digunakan untuk Sembilan Busur juga ditulis di dalam kartusy, dengan nama-nama mereka. Kartusy mereka ialah 'mayat' "banduan", atau "tawanan", tangan diikat di belakang, nama negeri/bandar itu di dalam kartusy.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seperti kebanyakan perkataan hieroglif Mesir, perkataan "Israel" menggunakan simbol tambahan yang tidak mempunyai nilai fonetik. Sarjana memanggil simbol-simbol tersebut "penentu" kerana ia menentukan jenis perkataan yang dikaitkan dengannya."Bible Review (dalam bahasa Inggeris). Biblical Archaeology Society. 1997. m/s. 38.
- ^ Betrò, pg 158
- ^ Budge, An Egyptian Hieroglyphic Dictionary, "kh", 'khast', pg 533b
- ^ Betrò, "Hilly Terrain", pg 158
- ^ "Susa, Statue of Darius - Livius". www.livius.org (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955.
- ^ "Susa, Statue of Darius - Livius". www.livius.org (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955.
- ^ a b "Arachosia, Sattagydia, dan India digambarkan dan dinamakan sebagai kerajaan-kerajaan takluk, yang diukir oleh Mesir, pada tapak patung Darius I dari Susa."Yar-Shater, Ehsan (1982). Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Routledge & Kegan Paul. m/s. 10. ISBN 9780933273955. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "EI" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Budge, pg 533b
- ^ Budge, pg lxxvii, "IV, 480", (Urkunden der 18 Dynastic, Bande III und IV bearbeitet von K. Sethe)-(Kurt Heinrich Sethe)
- Betrò, Maria Carmela. Hieroglyphics: The Writings of Ancient Egypt , c. 1995, 1996-(Bahasa Inggeris), Abbeville Press Publishers, New York, London, Paris (kulit keras,ISBN 0-7892-0232-8 )
- Budge. Kamus Hieroglyphic Mesir, EAWallace Budge, (Penerbitan Dover), c 1978, (c 1920), edisi Dover, 1978. (Dalam dua jilid) (kulit lembut,ISBN 0-486-23615-3 )