Negara penyangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Negara penampan)
Jump to navigation Jump to search

Negara penyangga atau negara penampan (buffer state[1]) adalah negara di antara dua negara besar yang barangkalinya bermusuhan. Negara jenis ini biasanya ditubuhkan dengan tujuan peredaan atau pencegahan daripada meletusnya konflik di antara kedua-dua negara tetangganya. Sebahagian besar negara penyangga ini bersifat neutral, tidak seperti negara satelit. Dengan itu, serangan salah satu kuasa besar yang terkena atas negara penyangga sebegini dapat mencetuskan perang di antara kedua-kedua negara besar ini.

Negara-negara penampan ini cenderung ditakluki dan ditawan berbanding negara bukan dalam kelompok ini.[2] Hal ini kerana "negara yang dijadikan kepentingan kuasa-kuasa besar [...] lebih berisiko kemusnahan yang tinggi. Kuasa-kuasa baik peringkat rantau mahupun besar berhadapan imperatif yang strategik dalam mengambil alih negara-negara penyangga ini: sekiranya kuasa-kuasa ini gagal bertindak balas, maka kuasa lawan dikhuatiri akan mengambil alih pengaruh negara tersebut. Negara yang tidak berperanann menampan pula tidak berhadapan dengan persaingan kuasa-kuasa yang berpengaruh untuk merebut pengaruh atau kawalan sebegini."[2]

Pada abad ke-19, manipulasi atau campur tangan dalam pemerintahan negara-negara tertentu seperti Afghanistan dan sejumlah keamiran di Asia Tengah menjadi unsur dalam suatu "Permainan Besar" diplomatik yang dimainkan antara Britania Raya dan Empayar Rusia untuk memegang tampuk kekuasaan merentasi pergunungan yang berlokasi strategis menuju India British.

Contoh terpilih[sunting | sunting sumber]

Antara contoh negara satelit yang wujud pada abad ke-20 adalah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'buffer state' - Istilah MABBIM. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 September 2018
  2. ^ a b Fazal, Tanisha M. (1 April 2004). "State Death in the International System". International Organization. 58 (02): 311–344. doi:10.1017/S0020818304582048. ISSN 1531-5088. ...states that great powers have an interest in preserving—buffer states—are in fact in a high-risk group for death. Regional or great powers surrounding buffer states face a strategic imperative to take over buffer states: if these powers fail to act against the buffer, they fear that their opponent will take it over in their stead. By contrast, these concerns do not apply to nonbuffer states, where powers face no competition for influence or control.