Negasi
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Dalam logik matematik, negasi, penafian, atau ingkaran merupakan operasi matematik terhadap suatu pernyataan, baik tunggal mahupun majmuk. Operasi negasi menafikan nilai kebenaran suatu pernyataan.
p | ~p |
---|---|
B | S |
S | B |
Jika p bernilai benar, maka ~p bernilai salah. Sebaliknya, jika p bernilai salah, maka ~p bernilai benar.
Bentuk ~p biasa dibaca "bukan p", "tidak p", "tidak benar bahawa p", dan sebagainya.
![]() | Rencana berkaitan matematik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |