Nepotisme dan kronisme dalam sistem demokrasi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mukadimah[sunting | sunting sumber]

Nepotisme dan kronisme dalam demokrasi Malaysia telah lama menjadi isu yang berlarutan dalam landskap sistem politik di negara ini. Walaupun Malaysia telah membuat kemajuan yang signifikan dalam menetapkan kerangka demokratik, namun pengaruh nepotisme dan kronisme terus menggugat prinsip keadilan, ketelusan, dan peluang yang sama dalam pentadbiran negara. Sudah terang lagi bersuluh amalan nepotisme dan kronisme ini masih diteruskan apabila kata-kata seorang penganalisis politik, Azmi Hassan dipetik dari sebuah artikel dalam talian, yang berbunyi "Dominasi politik anak-beranak bukti nepotisme masih wujud". Akibat daripada pelbagai impak negatif yang datang bersama amalan nepotisme dan kronisme, adalah penting untuk orang ramai memahami implikasi dan kesannya dalam konteks kerajaan Malaysia.[1]

Nepotisme[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan satu artikel dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa bentuk definisi yang menjelaskan amalan nepotisme termasuklah:[2]

  • Kamus Merriam-Webster: nepotisme bermaksud kecenderungan terhadap orang atau kelompok yang mempunyai pertalian darah, kebiasaannya dalam melantik posisi pekerjaan.
  • Kamus bahasa melayu Dewan Bahasa dan Pustaka: nepotisme bermaksud perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.
  • Istilah Nepotisme ini berasal daripada perkataan greek iaitu nepos dan otis, yang bermaksud cucu lelaki, keturunan, atau saudara sepupu. Frasa kata nepotisme ini kemudiannya berkembang menjadi istilah yang difahami dengan makna: Perilaku yang memperlihatkan kecenderungan berlebihan kepada kaum kerabat, kecenderungan untuk mengutamakan atau menguntungkan sanak saudara sendiri dalam sesebuah jabatan, pangkat, atau lain-lain dan tindakan memilih kaum kerabat atau sanak saudara untuk memegang tampuk pemerintahan yang berkaitan dengan masyarakat (perkhidmatan awam).

Menurut penulis artikel tersebut, Yaqin Bakharudin, terdapat juga pandang tentanf nepotisme menurut Islam. Buktinya, Nepotisme mempunyai beberapa kata yang sepadan di dalam Al-Quran, antaranya seperti al-mahabbah (kecintaan kepada sesuatu) dan al-ghil (cenderung untuk khianat). Bukan itu sahaja, menurut Imam al-Qurtubi, Surah al-Taubah ayat 23 merupakan suruhan Allah SWT kepada keseluruhan orang-orang yang beriman, dan sebahagian kecil daripadanya merupakan hukum-hakam yang harus dipegang sehingga hari kiamat berkenaan had di antara orang yang beriman dan tidak beriman. Kisah ayat ini secara khusus berkenaan orang-orang beriman di Mekah dan negara-negara arab yang lain pada zaman tersebut, yang mana mereka dididik untuk tidak membelakangi keluarga dan kaum kerabat, serta menjadi tulang belakang kepada keluarga di tempat tinggal orang-orang kafir. Maka Allah SWT mengingatkan kepada hamba-Nya yang beriman agar tidak mengikuti tindakan dan arahan ibu bapa mereka (yang melanggari perintah Allah SWT), kerana hubungan dengan agama (kebenaran) itu melebihi daripada hubungan kekeluargaan.

Ayat tersebut menerangkan bahawa pentingnya untuk berpegang kepada kebenaran dan keadilan meskipun terpaksa membelakangi keluarga. Ini kerana objektif dan hakikat kebenaran/keadilan melebihi daripada hakikat hubungan kekeluargaan, meskipun dalam keadaan memberi jawatan untuk seseorang.

Kronisme[sunting | sunting sumber]

Sebaliknya, kronisme merujuk kepada perbuatan berat sebelah atau bias terhadap rakan atau sahabat. Hal ini menunjukkan bahawa favoritisme atau dalam erti kata lain kronisme atas dasar persahabatan. Begitu juga dengan nepotisme, dalam konteks kronisme, seseorang yang berada dalam kedudukan yang berpengaruh dan berkuasa terhadap orang lain, menggunakan kuasa itu atau keupayaan untuk mempromosikan dan membantu rakannya.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan kepada sejumlah 173 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, pada tahun 2003. Analisis daripada kajian tersebut mendapati sejumlah 78.3% responded berpendapat bahawa, kronisme juga merupakan satu bentuk rasuah dengan alasan bahawa:

  • Merupakan suatu yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku, tetapi jika mereka layak, tidak menjadi permasalahan diberikan kepada mereka.
  • Merupakan suatu keadaan di mana mereka yang tidak layak diutamakan tetapi mereka yang layak diketepikan.
  • Mengenali atau mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai tokoh politik atau korporat tertentu untuk memudahkan akses mendapat projek.
  • Suatu keadaan yang saling tolong menolong dan mengutamakan kawan sendiri.
  • Menafikan hak orang lain yang juga layak untuk menerima projek tersbut.
  • Keputusan dibuat disebabkan oleh pengaruh rakan baik atau kawan rapat dan bukannya mengikut garis panduan atau dasar yang telah ditetapkan.

Nepotisme vs Kronisme[sunting | sunting sumber]

Perbandingan dan Perbezaan[3]
Nepotisme Kronisme
Favoritisme berdasarkan persaudaraan atau kekeluargaan Favoritisme berdasarkan persahabatan
Termasuk pilih kasih kepada ahli keluarga dan saudara mara untuk merekrut atau menaikkan pangkat ke jawatan tinggi, dan menugaskan pihak berkuasa dalam beberapa bidang Termasuk pilih kasih untuk rakan atau saudara mara rakan untuk merekrut atau menaikkan pangkat ke jawatan tinggi, dan menugaskan pihak berkuasa dalam beberapa bidang
  • Berlaku dalam sektor keagamaan, berasaskan kerjaya dan hiburan.
  • Kedua-duanya berlaku tanpa mengira kelayakan atau kebolehan mereka yang diutamakan.
  • Kedua-duanya menanggung implikasi negatif di mana mereka yang benar-benar layak dan berbakat terpaksa berhadapan dengan ketidakadilan dalam bidang berkaitan, sering membawa kepada rasuah kuasa.
  • Ia adalah amalan tidak beretika yang mewujudkan diskriminasi sosial.

Unsur nepotisme dan kronisme di dalam sistem demokrasi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sektor politik Malaysia telah termakan perangkap oleh situasi di mana ahli keluarga dan rakan rapat ahli politik berpengaruh telah dilantik ke jawatan utama dalam kerajaan, institusi awam, dan syarikat milik negara. Kecondongan nepotisme ini membolehkan mereka yang berkuasa mengukuhkan pengaruh mereka dan mengekalkan kawalan terhadap sumber-sumber, seringkali dengan merngorbankan kepentingan sejumlah besar rakyat marhaen.

Satu contoh ketara tentang nepotisme dalam politik Malaysia adalah kewujudannya sebuah dinasti politik. Ahli keluarga kepada ahli politik yang berpengaruh dan terkemuka sering dinaikkan ke jawatan berpengaruh, termasuk jawatan menteri atau jawatan tinggi dalam parti politik. Kuasa dan kekayaan yang dikumpul dalam dinasti politik ini menyuburkan rasa berhak, yang boleh menghalang mobiliti sosial dan mengehadkan pelaung bagi individu yang berbakat dan berkebolehan yang bukan berasal daripada golongang elit yang mempunya hak istimewa tersebut.

Sementara itu, amalan kronisme di Malaysia sering dikaitkan dengan memberi keistimewaan kepada sahabat rapat, rakan kongsi perniagaan, atau penyokong apabila melaksanaan alokasi sumber, kontrak, tender mahupun peluang mengembangkan ekonomi. Ianya sering dikaitkan dengan penyerahan projek kerajaan atau kontrak individu yang berkaitan secara politik, tanpa melalui proses tender terbuka dan bersiang secara adil dan saksama. Hal ini bukan sahaja mengakibatkan penyalahgunaan penggunaan sumber, tetapi juga memupuk budaya rasuah, di mana keuntungan peribadi diutamakan berbanding kepentingan awam yang boleh diraihkan bersama.

Berikut diselitkan antara majoriti parti-parti politik yang mengekalkan dominasi politik anak-beranak, sekaligus dipercayai mengamalkan nepotisme menjelang Pilihan Raya Umum ke-15:[4][5]

  1. Pakatan Harapan
    Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Sri Anwar Ibrahim bersama isteri, YB Dato' Sri Dr. Wan Azizah.
    Amalan nepotisme di dalam parti ini dapat dilihat dengan jelas dan tidak dapat diselindung selepas Pakatan Harapan (PH) mengesahkan pencalonan anak-beranak. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun sekali gus menyaksikan pertembungan dengan penyandang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Sementara isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak manakala anaknya, Nurul Izzah pula mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
  2. Pejuang Budaya sama juga dapat dilihat dalam parti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menyaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi akan bertanding di Parlimen Langkawi. Manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden parti akan bertanding di Parlimen Jerlun menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz serta wakil Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd. Ghani Ahmad dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali.
  3. Logo Parti DAP
    DAP Parti DAP juga tidak ketinggalan dalam amalan nepotisme, sebelum ini kita dapat melihat pengasas parti tersebut iaitu Lim Kit Siang bersama-sama anaknya Lim Guan Eng bertanding pada PRU sebelum ini. Bagaimanapun, veteran DAP tersebut mengumumkan untuk bersara daripada politik pada Mac lalu dan tidak akan menjadi calon pada PRU15. Pada PRU kali ini, Guan Eng yang juga pengerusi parti DAP akan bertanding di Parlimen Bagan manakala adiknya, Senator Lim Hui Ying akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong.
  4. Warisan
    Logo Parti Warisan Sabah.
    Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi Parlimen Semporna pada PRU15 pada 19 November ini. Pada masa sama, Mohd Shafie turut menamakan adiknya, Datuk Mohd Yusof Apdal untuk bertanding di Parlimen Lahad Datu yang disandang bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamadin Ketapi. Parti Warisan turut mencalonkan adik-beradik untuk mewakili parti tersebut iaitu penyandang kerusi Malim Nawar, Leong Cheok Keng yang kekal bertanding di kerusi itu dan adiknya, Leong Cheok Lung di Parlimen Kampar.
  5. UMNO
Logo Parti UMNO

Selain, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipilih dalam barisan Exco Wanita UMNO, turut dipilih perwakilan kali ini anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.[6]

Nama-nama lain termasuk anak Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Reena Awliyatul Imani yang memenangi jawatan Exco Puteri UMNO; anak Menteri Besar Perak, Syahir Shaarani menang Ketua Pemuda Bahagian Gerik, anak bekas Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Rahayu Tajuddin dipilih Ketua Wanita bahagian berkenaan

Rusdi menyifatkan apa yang berlaku dalam pemilihan UMNO itu sesuai dengan perkembangan semasa parti itu yang kini mengorak langkah melakukan transformasi selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, barisan kepemimpinan Pemuda dan Puteri dengan muka baharu, mampu menggerakkan parti itu untuk menarik orang muda ke dalam UMNO .

"Persaingan Datuk Seri Noraini Ahmad dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menunjukkan parti itu kini bergerak ke hadapan dan menyediakan barisan pelapisan meneruskan legasi kepemimpinan terdahulu," katanya

Mengulas isu sama, pemerhati politik yang juga Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa, menyifatkan penerusan legasi itu satu yang baik untuk parti tetapi ia bukan bermakna parti mengamalkan nepotisme.

Katanya, anak pemimpin UMNO yang menang itu dipilih perwakilan bukannya lantikan oleh Presiden, maka ia menunjukkan suburnya demokrasi dalam UMNO.

Hasil kajian[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan hasil kajian terhadap 400 orang responden yang merupakan pegawai dalam sektor awam tentang pandangan mereka terhadap dasar politik dan kepimpinan rasional di Malaysia. Memetik salah satu permasalahan kajian yang disenaraikan oleh Ahmad Atory Husain dan Malike Brahim, mereka menyebutkan amalan kronisme mula menonjol di kalangan pegawai kerajaan, di samping terjebak ke dalam gejala rasuah dan jika fenomena ini tidak dikawal, ianya akan menjadi satu budaya dalam perkhidmatan awam di negara ini.[7]

Justeru itu, mereka meletakkan amalan politik kroisme dan nepotisme sebagai salah satu kualiti kepimpinan buruk di mana seitap bakal calon parti politik perlu menjauhi kualiti tersebut ke dalam survey yang ingin dijalankan. Penilaian yang mereka peroleh daripada 400 orang responden, sebanyak 49.0% responden menilai amalan tidak beretika tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik atau bakal calon parti yang akan bertanding dalam pilihan raya, sekaligus menjadikan kualiti ini pilihan utama ataupun kualiti yang sangat dibenci oleh sebahagian besar responden. Bukan itu sahaja, amat berkait rapat dengan amalan kronisme dan nepotisme, sejumlah 40.3% responden memilih bahawa calon perlu menjauhi gejala penyalahgunaan kuasa dan mengamalkan rasuah dalam kepimpinan mereka. Sehubungan dengan itu, kedua-dua pilihan utama responden ini menjadi agenda yang perlu dijauhi oleh pemimpin politik khususnya yang ingin bertanading dalam pilihan raya dan menjadi pemimpin masyarakat.[7] Kualiti kepimpinan buruk perlu dikikis di kalangan pemimpin jika hendak memimpin masyarakat dengan berkesan, menjadi teladan, dipercayai orang ramai dan disenangi oleh semua pihak.