Netanya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Netanya (Bahasa Hebrew: נְתַנְיָה, Standard Hebrew Nətanya) merupakan satu bandaraya di Daerah Tengah Israel dan merupakan ibukota Sharon plain. Ia terletak di antara anak sungai "Poleg" dan Institut Wingate di selatan dan anak sungai "Avichail" di utara. Pantai sepanjang 14km telah membuatkan bandar berkenaan sangat popular di kalangan pelancong. Merujuk kepada Biro Statistik Israel Tengah (CBS), pada akhir 2004 bandar berkenaan mempunyai jumlah populasi 169,400. Datuk bandarnya adalah Pn. Miriam Feirberg