Night at the Museum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Night at the Museum
Poster promosi filem
PengarahShawn Levy
PenulisBen Garant
Thomas Lennon
Dihasilkan olehChris Columbus
Stephen Sommers
Bob Ducsay
DibintangiBen Stiller
Robin Williams
Dick Van Dyke
Owen Wilson
Mickey Rooney
Bill Cobbs
SinematografiGuillermo Navarro
Muzik olehAlan Silvestri
Diedarkan oleh20th Century Fox
BahasaBahasa Inggeris

Night at the Museum (Malam di Muzium) ialah suatu filem komedi tegang terbitan Amerika Syarikat yang mula ditayangkan pada tahun 2007. Filem ini diarah oleh Shawn Levy dan dilakonkan oleh kebanyakan pelakon komedi ternama seperti Ben Stiller, Robin Williams, Dick Van Dyke, Mickey Rooney, Owen Wilson, Bill Cobbs, dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang bapa, Larry Daley yang menganggur dan ingin mendapatkan kerja untuk menambat hati anaknya. Setelah mendapatkan kerja di muzium sebagai pengawal pada waktu malam, tidak disangka semua pameran bersejarah menjadi hidup ketika waktu malam. Kegamatan suasana malam itu amat memeranjatkan Larry yang hari demi hari belajar untuk hidup dalam keadaan itu.

Perselisihan ditambah apabila bekas pengawal muzium itu ingin mencuri tablet emas Ahkmenrah yang merupakan kunci kepada nyawa semua pameran di muzium pada waktu malam. Dengan bantuan anaknya sendiri, dan semua tokoh yang ada di muzium itu, mereka cuba mengalahkan pencuri itu dan mendapatkan kembali tablet emas tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.