Norman Lockyer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joseph Norman Lockyer
daripada Proceedings of the Royal Society (1909)
daripada Proceedings of the Royal Society (1909)
Kelahiran 17 Mei 1836(1836-05-17)
Rugby, Warwickshire, England
Kematian 16 Ogos 1920 (umur 84)
Salcombe Regis, Devon, England
Kerakyatan Great Britain
Bidang Astronomi
Dikenali kerana Penemuan helium

Sir Joseph Norman Lockyer, FRS (17 Mei 1836 - 16 Ogos 1920), dikenali secara ringkas sebagai Norman Lockyer, ialah ahli astronomi dan saintis Inggeris. Besama-sama saintis Perancis, Pierre Janssen, beliau telah menemui gas helium. Lockyer juga diingati sebagai pengasas dan editor pertama sebuah jurnal berpengaruh, Nature.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Lockyer telah dilahirkan di Rugby, Warwickshire. Selepas menjalani persekolahan biasa ditambah dengan perjalanan di Switzerland dan Perancis, beliau telah bekerja selama beberapa tahun sebagai kakitangan awam di Pejabat Perang Britain. Beliau telah menetap di Wimbledon, London Selatan selepas mengahwini Winifred James. Lockyer sangat berminat dalam astronomi amatur dengan minat tertentu tentang Matahari. Beliau akhirnya dilantik sebagai Pengarah Balai Cerap Fizik Suria di Kensington, London.

Pada tahun 1860-an, Lockyer mula berminat dengan spektroskopi elektromagnet sebagai peralatan analitik untuk menetukan komposisi objek-objek samawi. Beliau menjalankan kajiannya daripada rumah barunya di West Hampstead dengan teleskop 6¼ inci yang telah digunakannya di Wimbledon.[1] Pada 1868, satu garis kuning yang menyerlah telah diperhatikan dalam spektrum yang telah diambil berdekatan sisi Matahari. Dengan panjang gelombang sepanjang 588 nm, pendek sedikit daripada apa yang dipanggil garisan "D" natrium, garis spektrum ini tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana unsur yang diketahui di Bumi ketika itu, dan oleh itu, Lockyer telah mencadangkan yang garisan kuning ini disebabkan oleh satu unsur suria yang tidak diketahui. Beliau telah menamakan unsur ini helium daripada perkataan Yunani bagi "matahari", "helios". Pemerhatian garisan spektrum kuning baru ini juga telah dilakukan oleh Janssen ketika kejadian gerhana matahari pada 18 Ogos 1868, oleh itu beliau dan Janssen bersama-sama dikenal pasti sebagai penemu unsur helium. Helium di Bumi telah ditemui 10 tahun kemudian oleh William Ramsay. Dalam hasil kerjanya dalam pengenalpastian helium, Lockyer telah bekerjasama dengan ahli kimia terkenal, Edward Frankland.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cortie, A. L. (1921). "Sir Norman Lockyer, 1836 – 1920". Astrophysical Journal 53: 233–248. Bibcode 1921ApJ....53..233C. doi:10.1086/142602. 
  2. Hearnshaw, J. B. (1986). The Analysis of Starlight. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 84–85. ISBN 0-521-25548-1.