Norovirus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyebab gastroenteritis yang paling lazim ialah Norovirus, juga dikenali sebagai pepijat muntah musim sejuk [1] [2]. Muntah-muntah, sakit perut, dan cirit-birit tidak berdarah adalah gejala jangkitan yang biasa terjadi [3] [4]. Demam atau sakit kepala juga mungkin berlaku [3]. Selepas terdedah, gejala biasanya muncul antara 12 hingga 48 jam, dan prosese penyembuhan biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 3 hari[3]. Walaupun ia jarang berlaku, komplikasi seperti dehidrasi boleh terjadi, terutamanya pada golongan muda, warga emas, dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan [3].

Kebiasaanya, virus ini merebak melalui pendedahan daripada najis tercemar [4]. Ini mungkin melalui makanan atau air yang tercemar atau sentuhan orang ke orang [4]. Ia juga boleh tersebar melalui permukaan yang tercemar ataupun udara daripada muntah individu yang dijangkiti [4]. Risiko jangkitan biasanya melibatkan proses penyediaan makanan yang tidak bersih ataupun berada dalam ruangan tertutup dengan individu yang dijangkiti [4]. Diagnosis biasanya berdasarkan gejala [4]. Ujian pengesanan biasanya tidak tersedia tetapi hanya akan dibuat jika berlakunya penyebaran jangkitan dalam masyarakat umum[4].

Langkah pencengahan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dengan betul dan mengunakan cecair pembasmi kuman [5]. Pembasmi kuman yang mengunakan alkohol boleh digunakan sebagai langkah tambahan, tetapi ia kurang efektif jika dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun [5]. Tiada vaksin atau rawatan khusus untuk Norovirus [5] [6]. Proses pemulihan melibatkan rawatan sokongan seperti memastikan pesakit mendapat cecair yang mencukupi dan memasukan cecair intravena kedalam badan [6]. Penyelesaian rehidrasi oral adalah cecair pilihan untuk diminum, walaupun begitu, minuman lain tanpa kafein atau alkohol boleh membantu [6].

Virus ini menyebabkan sebanyak 685 juta jangkitan dan hampir 200,000 kematian seluruh dunia [2] [7]. Jangkitan virus ini adalah sering terjadi di negara maju dan membangun [4] [8]. Mereka yang berumur di bawah lima tahun paling kerap terjejas, dan dalam kumpulan ini ia mengakibatkan kira-kira 50,000 kematian di negara membangun [2]. Jangkitan Norovirus berlaku lebih kerap semasa musim sejuk [2]. Ia sering berlaku dalam wabak, terutamanya dalam kalangan mereka yang tinggal berdekatan [4]. Virus ini dinamakan sempena bandar Norwalk, Ohio, di mana wabak berlaku pada tahun 1968 [9]

  1. ^ "Norovirus (vomiting bug)". nhs.uk. 2017-10-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 8 June 2018.
  2. ^ a b c d "Norovirus Worldwide". CDC (dalam bahasa Inggeris). 15 December 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2018. Dicapai pada 29 December 2017.
  3. ^ a b c d "Norovirus Symptoms". CDC (dalam bahasa Inggeris). 24 June 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2018. Dicapai pada 29 December 2017.
  4. ^ a b c d e f g h i Brunette, Gary W. (2017). CDC Yellow Book 2018: Health Information for International Travel. Oxford University Press. m/s. 269. ISBN 9780190628611. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 2017-12-29.
  5. ^ a b c "Preventing Norovirus Infection". CDC (dalam bahasa Inggeris). 5 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2017. Dicapai pada 29 December 2017.
  6. ^ a b c "Norovirus - Treatment". CDC. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 29 December 2017.
  7. ^ "Global Burden of Norovirus and Prospects for Vaccine Development" (PDF). CDC. August 2015. m/s. 3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 December 2017. Dicapai pada 29 December 2017.
  8. ^ "A systematic review and meta-analysis of the prevalence of norovirus in cases of gastroenteritis in developing countries". Medicine. 96 (40): e8139. October 2017. doi:10.1097/MD.0000000000008139. PMC 5738000. PMID 28984764.
  9. ^ Vesikari, Timo (2021). "25. Norovirus vaccines in pipeline development". Dalam Vesikari, Timo; Damme, Pierre Van (penyunting). Pediatric Vaccines and Vaccinations: A European Textbook (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Switzerland: Springer. m/s. 289–292. ISBN 978-3-030-77172-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-20. Dicapai pada 2023-10-05.

.