Nussknacker und Mausekönig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nussknacker und Mausekönig (maksud dalam bahasa Jerman: "Sang Patung Pemecah Kacang dan Sang Raja Tikus") ialah sebuah cerita pendek diterbitkan pada tahun 1816 oleh E. T. A. Hoffmann. Cerita ini mengisahkan patung pemecah kacang yang menjelma pada waktu Krismas menyelamatkan tuannya daripada seekor tikus raja yang jahat serta mengembara bersama ke suatu kerajaan ajaib dihuni anak patung.

Karya ini lebih dikenali melalui suatu pementasan balet tahun 1892 arahan Marius Petipa dan Lev Ivanov dengan gubahan lagu oleh Pyotr Ilyich Tchaikovsky, Shchelkunchik, Balet-feyeriya, berdasarkan suatu penulisan semula cerita ini oleh Alexandre Dumas.