Pertubuhan Larangan Senjata Kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari OPCW)
Pertubuhan Larangan Senjata Kimia
Kerangka
KependekanOPCW Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 190 negara anggota
Semua negara terbabit dengan CWC menjadi anggota secara automatik.
(Pengecualian: lihat keanggotaan)
Bahasa rasmiInggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol, Arab
Tapak webopcw.org
Facebook: opcwonline Twitter: opcw LinkedIn: opcw Youtube: UCe47nzWIX0nq7vz277nxMTg Flickr: 58847429@N05 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk29 April 1997
Pengurusan
Ketua pengarahAhmet Üzümcü[1]
Organ rasmiConference of the States Parties
Executive Council
Technical Secretariat
Perangkaan
Belanjawan €74 juta
Kakitangan/pekerja ~ 500
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2013) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Negara anggota OPCW (hijau)
Ibu pejabatThe Hague, Belanda
52°05′28″N 4°16′59″E / 52.091241°N 4.283193°E / 52.091241; 4.283193Koordinat: 52°05′28″N 4°16′59″E / 52.091241°N 4.283193°E / 52.091241; 4.283193
Lokasi
  • Belanda Sunting ini di Wikidata
Koordinat52°5′28.5″N 4°16′59.5″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang berperanan menggalakkan negara-negara di dunia memeterai dan mengimplementasikan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia. OPCW juga memberi bantuan kepada negara-negara yang mewarisi bahan kimia dari masa silam untuk menghapuskannya.

Pertubuhan ini bukan merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun bekerjasama dalam isu dasar dan praktikal. Pada 7 September 2000, OPCW dan PBB telah menandatangani suatu persetujuan kerjasama.[2]

Pertubuhan ini dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2013 kerana ia telah, dengan Konvensyen Senjata Kimia, "mentakrifkan penggunaan senjata kimia sebagai pantang larang di bawah undang-undang antarabangsa" menurut Thorbjørn Jagland, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway.[3][4]

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Kesemua 190 pihak yang terbabit dengan Konvensyen Senjata Kimia secara automatik merupakan anggota OPCW[5] Namun terdapat pengecualian bagi Israel dan Myanmar, which yang tidak meratifikasi CWC walaupun menandatanganinya. Selain itu Angola, Korea Utara, Mesir dan Sudan Selatan yang tidak pernah menyertai CWC.[6] Syria ialah negara terbaharu yang menyerahkan surat cara penerimaan terhadap perjanjian ini berikutan rangka kerja penghapusan senjata kimia Syria pada September 2013.[7][8] Langkah ini diambil selepas laporan penggunaan senjata kimia dalam perang saudara Syria.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Negara Nama Mula penggal
Brazil José Bustani 13 Mei 1997[9]
 Argentina Rogelio Pfirter 25 Julai 2002[10]
Turki Ahmet Üzümcü 25 Julai 2010

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oliver Meier dan Daniel Horner (November 2009). "OPCW Chooses New Director-General". Arms Control Association.
  2. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution session 55 (retrieved 21 Ogos 2007)
  3. ^ "Syria chemical weapons monitors win Nobel Peace Prize". BBC News. 2013-10-11. Dicapai pada 2013-10-12.
  4. ^ "Official press release from Nobel prize Committee". Nobel Prize Organization. 11 Oktober 2013. Dicapai pada 11 Oktober 2013.
  5. ^ OPCW Member States
  6. ^ Non-Member States
  7. ^ "Reference: C.N.592.2013.TREATIES-XXVI.3 (Depositary Notification)" (PDF). Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2013-09-14. Dicapai pada 2013-09-14.
  8. ^ "Syria Serahkan Senarai Senjata Kepada OPCW". mynewshub. 22 September 2013. Dicapai pada 23 September 2013.
  9. ^ A Stanič (2004). "Bustani v. Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons". The American Journal of International Law. 98 (4): 810. JSTOR 3216704.
  10. ^ "Speech of Dr. Rogelio Pfirter, Director-General of the OPCW 16 September 2008". Netherlands Institute for International Relations. 22 September 2008. Dicapai pada 24 April 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]