Odnoklassniki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Odnoklassniki
Logo "Odnoklassniki"
Jenis laman web
Rangkaian Sosial
Tedapat dalam13 bahasa
PemilikMail.ru Group
Dicipta olehAlbert Popkov (pengasas dan ketua)
URLok.ru
Kedudukan Alexa 63 (Februari 2020)[1]
PendaftaranDiperlukan; tiada bayaran dikenakan sejak 31 Ogos 2010
Dilancarkan4 Mac 2006; 14 tahun yang lalu (2006-03-04)

Odnoklassniki, OK.ru (Bahasa Rusia: Однокла́ссники, Bahasa Melayu: Rakan Sekelas) ialah perkhidmatan rangkaian sosial untuk rakan sekelas dan rakan lama. Ia digunakan terutamanya di Rusia dan bekas Republikan Soviet.[2] Laman web ini dibangunkan oleh Albert Popkov dan dilancarkan pada 4 Mac 2006.[3]

Laman web ini kini mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna berdaftar dan 45 juta pengunjung unik setiap hari. Pengguna perlu berumur sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk membuat akaun.[4] Odnoklassniki juga kini mempunyai kedudukan trafik Internet Alexa sebanyak 56 di seluruh dunia dan 7 di Rusia. Pendapatan pada suku pertama 2008 untuk Odnoklassniki berjumlah $ 3.3 juta.[5][6][7] Odnoklassniki adalah rangkaian sosial kedua paling popular di Rusia, di belakang VK (VKontakte) tetapi di hadapan Facebook yang berada di tempat ke-3.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ok.ru Site Info". Alexa Internet.
  2. ^ Social Media in Russia, Dreamgrow.com, 2011.
  3. ^ About the project
  4. ^ Odnoklassniki Advertising (dalam bahasa Rusia)
  5. ^ "Russian Social Network Odnaklassniki.ru hits 20 million". Amit Chowdhry. Diarkib daripada yang asal pada 2010-09-05. Dicapai pada 2010-09-20.
  6. ^ "odnoklassniki.ru - Traffic Details". Alexa Internet. Dicapai pada 2014-06-10.
  7. ^ "Odnoklassniki". ServerSliders.com. Diarkib daripada yang asal pada 2010-12-22. Dicapai pada 2010-09-20.
  8. ^ "What you need to know when entering the Russian market". ecommercenews.eu. Dicapai pada 2019-03-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]