Olimpiad Kimia Antarabangsa ke-39 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Olimpiad Kimia Antarabangsa ke-39 (OKA39) 2007 telah diadakan di Moscow, Rusia. Sebanyak 68 negara telah menyertai olimpiad tersebut dengan menghantar seramai 264 orang wakil. OKA39 berlangsung selama 10 hari iaitu pada 15 hingga 24 Julai 2007. Walaupun bertempoh 10 hari, peperiksaan yang dijalankan cuma memakan masa 2 hari atau lebih tepat lagi, 10 jam. Aktiviti-aktiviti lain dijalankan pada hari-hari yang lain.

Hari pertama: 15 Julai 2007[sunting | sunting sumber]

Seperti biasa, aktiviti hari pertama ialah pendaftaran. Semasa pendaftaran, semua alat telekomunikasi akan disimpan oleh pihak pengelola buat sementara untuk mengelakkan sebarang komunikasi antara mentor dengan peserta kerana mentorlah yang akan menaip soalan-soalan peperiksaan nanti. Peserta juga akan diberi alat-alat tulis, mesin kira dan beg galas untuk digunakan semasa peperiksaan. Selain itu, cenderahati seperti jadual berkala, pin kolar, topi, magnet peti sejuk dan kemeja T juga diberi. Gambar setiap pasukan juga dipukul untuk disimpan sebagai kenangan.

Hari kedua: 16 Julai 2007[sunting | sunting sumber]

Hari ini merupakan hari berlangsungnya majlis pembukaan olimpiad. Peserta-peserta dari setiap negara menyertai perbarisan dengan bendera negara masing-masing. Kami, peserta dari Malaysia telah memakai pakaian batik dan membawa Jalur Gemilang untuk ditunjukkan kepada peserta-peserta lain. Oleh sebab pakaian batik kami amat unik, sidang ridaksi majalah Catalyzer, majalah harian rasmi Olimpiad yang dicetak sepanjang 10 hari olimpiad tersebut berlangsung, telah memuatkan gambar kami dalam majalah tersebut. Kami juga berpeluang menyaksikan persembahan-persembahan tradisional orang Rusia pada majlis pembukaan tersebut. Terdapat suatu persembahan yang amat kreatif iaitu tarian yang bertemakan unsur-unsur Kimia. Bendera olimpiad dikibarkan dan majlis dirasmikan buka.

Selepas makan, kami dibawa dengan bas khas mengelilingi bandar Moskow.

Pada waktu malam, kami dijemput untuk berdisko khas untuk peserta olimpiad di hotel kami menginap iaitu Hotel Olympiets. Kami terasa aneh apabila disko tersebut diterangi cahaya matahari padahal disko tersebut bermula pukul 9 malam.

Hari ini juga merupakan hari kami berpisah dengan mentor kami kerana mereka akan bersama-sama mentor-mentor negara-negara lain menyediakan soalan peperiksaan kami. Kami hanya akan berjumpa semula dengan mereka selepas kedua-dua peperiksaan selesai.




Hari ketiga: 17 Julai 2007[sunting | sunting sumber]

Kami dibawa menaiki kapal sepanjang sungai Moskow.

Kami juga berpeluang menghiburkan diri di sebuah tanah lapang untuk menghilangkan sebarang tekanan sebelum pertandingan.

Para peserta boleh mencuba pakaian tradisional Rusia.

Malam tersebut, kami diberi pendedahan tentang peraturan-peraturan yang patut kami patuhi dalam ujian amali keesokkan hari.

Hari keempat: 18 Julai 2007[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.