Omboh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Animasi menunjukkan pergerakan dalam sistem omboh.

Omboh ialah suatu komponen yang didapati pada komponen enjin dan pam salingan, pemampat gas, silinder pneumatik dan mekanisme yang seumpamanya. Komponen ini bergerak dalam batasan suatu silinder serta dikedapkan gelang khas.

Fungsinya bergantung pada perumahnya: omboh enjin berfungsi memindahkan daya daripada pemgembangan gas yang dibakar kepada aci engkol melalui batang omboh dan/atau batang penghubung, manakala omboh enjin pula berfungsi secara terbalik di mana aci engkol memindahkan daya untuk memampatkan atau mengeluarkan cecair daripada silinder perumahnya.