Omid (satelit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Omid (Parsi: امید, bererti "Harapan")[1] ialah satelit buatan sendiri Iran yang pertama.[2] Digambarkan sebagai satelit "pemprosesan data" untuk penyelidikan dan telekomunikasi, televisyen negara Iran melaporkan yang ia berjaya dilancarkan pada 2 Februari 2009.[2][3] Selepas dilancarkan oleh roket pelancar Safir 2, juga buatan sendiri, satelit tersebut diletakkan di dalam orbit rendah Bumi. Pelancaran ini bersempena ulang tahun ke-30 Revolusi Iran.[2]

Omid ialah satelit kedua Iran di dalam orbit. Satelit pertamanya, Sinah-1, dibina dan dilancarkan untuk Iran oleh Rusia pada 2005.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Iran launches first space research center". individual.com. 4 Februari 2008. Dicapai pada 2008-02-04.
  2. ^ a b c Fredrik Dahl and Edmund Blair (3 Februari 2009). "Iran launches first home-made satellite: state TV". Reuters. Dicapai pada 3 Feb 2009.
  3. ^ "Iran puts Omid data-processing satellite into orbit". IRNA. 3 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-03.
  4. ^ USA Today - Iran space rocket successfully transmits data, 17 Februari 2008.
  5. ^ "First Iranian satellite launched" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 27 Oktober 2005. Dicapai pada 2008-08-17.