Opera Jawa (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Opera Jawa ialah sebuah filem muzikal Indonesia-Austria 2006 arahan Garin Nugroho. Ia berlatarbelakangkan opera melalui muzik dan tarian tradisional Jawa. Filem ini mengambil kisah penculikan Dewi Sinta dari Hikayat Seri Rama.

Filem ini telah dibiayai oleh New Crowned Hope Festival sempena ulangtahun ke-250 kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart. Disamping pimpinan muzik oleh Rahayu Supanggah, filem ini juga memaparkan seni instalasi dan rekaan produksi Nanang Rachmat.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Siti (Artika Sari Devi) dan Setio (Martinus Miroto) adalah pasangan kelamin yang tinggal di sebuah perkampungan kecil. Satu ketika dulu mereka merupakan penari dalam pementasan Ramayana tetapi sudah beralih ke perusahaan barangan tanah liat.

Siti dulunya melakonkan watak Dewi Sinta, iaitu isteri Seri Rama yang dilakonkan Setio. Dalam pementasan itu, Siti menjadi idaman Raja Rawana dan juga telah diculik baginda. Kejadian-kejadian dalam Ramayana berlaku serentak dalam kehidupan sebenar mereka di mana Ludiro (Eko Supriyanto), seorang jagal yang mendominasi perdagangan di kampung tersebut, cuba menggoda Siti.

Edaran dan penerimaan[sunting | sunting sumber]

Festival filem[sunting | sunting sumber]

Opera Jawa ialah sebuah dari tiga penerima biaya Peter Sellars di New Crowned Hope Festival 2006 di Vienna bagi meraikan ulangtahun ke-250 kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart. Filem lain yang turut menerima biaya untuk projek tersebut termasuklah I Don't Want to Sleep Alone oleh pengarah kelahiran Malaysia, Tsai Ming-liang dan Syndromes and a Century oleh Apichatpong Weerasethakul dari Thailand.

Pengkritik filem[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik filem memuji filem ini dengan markah penuh 100% (fresh) di Rotten Tomatoes, melalui 14 tulisan penilaian.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Opera Jawa memenangi Anugerah Penggubah Lagu Terbaik untuk Rahayu Supanggah di Festival Filem Asia.