Orang asli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Orang Asli)

Orang asli atau penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perumusan yang diterima luas yang mentakrifkan istilah "orang asli" dengan lebih ketat telah dikemukakan oleh beberapa pertubuhan yang dikenali di peringkat antarabangsa, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia. Orang asli yang dimaksudkan dalam rencana ini mengikut takrifan tersebut.

Daripada sumber-sumber ini, takrifan kontemporari "orang asli" untuk sesuatu tujuan mempunyai kriteria yang cuba untuk memasukkan kumpulan budaya (dan keturunan mereka) yang mempunyai kesinambungan sejarah atau hubungan dengan kawasan tertentu, atau sebahagiannya, dan yang pernah atau sedang mendiami kawasan tersebut sama ada:

  • sebelum ia dijajah atau diilhak; atau
  • bersama-sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa; atau
  • sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara bangsa,

Dan juga mereka yang:

  • masih mengekalkan sebahagian ciri-ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang berbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di sekitar dan budaya dominan negara tersebut.

Selain itu, satu lagi kriteria biasanya ditambah:

  • mereka yang mengaku sebagai peribumi dan diakui oleh orang lain sebagai peribumi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]