Order of Lenin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Darjah Lenin
Darjah Order of Lenin
Reben Darjah Lenin
Reben Order of Lenin
Darjah dan Reben Order of Lenin

Darjah Lenin (Bahasa Rusia: Орден Ленина, Orden Lenina) ialah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh negara Kesatuan Soviet, sempena nama Vladimir I. Lenin yang merupakan pemimpinRevolusi Oktober Rusia. Darjah ini dikurniakan untuk:

  • Orang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,
  • Anggota tentera yang menjadi contoh,
  • Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan
  • Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat

Dari tahun 1944 hingga 1957, sebelum kewujudan pingat khidmat lama yang tertentu, darjah ini juga digunakan untuk penganugerahan 25 tahun perkhidmatan cemerlang tentera.

Mereka yang dianugerahkan gelaran "Wira Kesatuan Soviet Union" dan "Wira Pekerja Sosialis" juga diberikan darjah ini sebagai sebahagian dari anugerah. Ia juga dikurniakan pada bandar raya, syarikat, kilang, wilayah, unit tentera dan kapal. Entiti korporat, perkilangan, pelbagai pusat pendidikan dan unit tentera yang menerima Darjah tersebut berhak memakai nama penuh darjah itu sebagai gelaran rasmi mereka.

Darjah ini telah dizahirkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 6 April 1930.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]