Revolusi Oktober

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengawal Merah di kilang Vulkan pada tahun 1917.

Revolusi Oktober (Bahasa Rusia: Октябрьская революция, Oktyabr'skaya revolyuciya), juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshevik, merujuk kepada satu revolusi - sebahagian daripada Revolusi Rusia 1917 - yang bermula dengan pemberontakan bersenjata di Petrograd (juga dianggap sebagai kudeta oleh pekerja dan askar biasa) yang secara tradisinya bertarikh pada 25 Oktober 1917 mengikut takwim Julius atau 7 November 1917 mengikut takwim Gregorius.

Revolusi ini dipimpin oleh golongan Bolshevik, yang menggunakan pengaruh mereka di Soviet Petrograd untuk mengumpulkan pasukan bersenjata. Tentera Merah Bolshevik di bawah Jawatankuasa Revolusi Ketenteraan mula mengambil alih bangunan kerajaan pada 24 Oktober; bagaimanapun 25 Oktober (kalendar Julius) merupakan tarikh Istana Musim Sejuk (tempat kerajaan tempatan Petrograd, pada masa itu ibu negara Rusia) ditawan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Revolusi Februari berjaya menggulingkan pemerintahan Tsar Nikolai II yang kemudiannya diambil alih Pemerintah Sementara Rusia. Walau bagaimanapun, badan yang dipertanggungjawabkan memerintah ini turut begolak dari dalam oleh sebahagian anggotanya yang berselisih faham antara satu sama lain. Penglibatan pemerintah tersebut dalam Perang Dunia Pertama turut menyebabkan krisis yang menjejaskan hubungan sosial, ekonomi dan politik di Rusia. Hutang negara Rusia meningkat sehingga 50 bilion ruble, di mana 11 bilion ruble daripadanya merupakan hutang kepada pemerintah-pemerintah negara asing; Rusia semakin dekat dengan ambang kemuflisan. Hal ini turut menyebabkan rasa tidak puasa hati dan kemarahan dalam kalangan kelas pekerja di Rusia terhadap golongan dalam pemerintah tersebut yang kaya dan berpengaruh sehingga dianggap sebagai "borjuis, kapitalis dan imperialis".[1]

Pergolakan[sunting | sunting sumber]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Bolshevik yang beru berusaha menghapuskan hierarki dalam tentera sedia ada melalui pemansuhan gelaran dan pangkat dalam anggotanya.[2] Jawatankuasa Luar Biasa Se-Rusia diwujudkan atas dekri Vladimir Lenin.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steinberg, Mark (2017). The Russian Revolution 1905-1917. New York: Oxford University Press. m/s. 143–146. ISBN 978-0-19-922762-4. 
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Steinberg 2001 257 tidak disediakan
  3. ^ Figes, 1996.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]