Orkestra Tentera Darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orkestra Tentera Darat (OTD) adalah merupakan sebuah badan kesenian yang dikelolakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1979. Tujuan utama orkestra ini ditubuhkan adalah bagi mengelakkan TDM dari bergantung sepenuhnya kepada para artis dan pemuzik tempatan. Pada tahun 1983, OTD telah dikenali sebagai Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sebelum penubuhan OTD, pihak Angkatan Tentera Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada para artis dan pemuzik tempatan yang dijemput ke majlis-majlis tentera. Pada tahun 1979, pihak TDM berpendapat sudah tiba masanya untuk menggabungkan kemahiran dalam dunia hiburan dan seni yang sedia ada di kalangan anggota-anggotanya. Ekoran dari itu, bersempena Hari Angkatan Tentera pada 16 September 1979, beberapa anggota tentera darat dari Pancarangam Pusat Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) dan kumpulan kugiran dari seluruh pasukan tentera darat telah dijemput untuk mengadakan persembahan.

Kejayaan projek ini telah mencetus penubuhan kumpula-kumpulan lain seperti Kumpulan Penari, Kumpulan Asli, Kumpulan Pentas, Sistem Audio dan Lampu dan lain-lain lagi.

Album[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an, OTD telah berjaya merakam dua buah album lagu iaitu OTD Volume I dan OTD Volume II. Antara lagu-lagu yang popular pada ketika itu adalah

  • Amboi Cik Abang Sayang
  • Bila Hati Dah Sayang

Selepas penukaran OTD kepada BKTD pada tahun 1983, beberapa bakat artis BKTD juga berjaya digilap menjadi artis Malaysia yang berjaya. Antara mereka adalah,

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Untuk Keterangan lanjut sila hubungi:

Badan Kesenian Tentera Darat
Jalan Buku Lima
54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2264 3552
Faks: 03-2264 3550
Email: mact.td@live.com

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.