PERDIM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
PERDIM-Logo.jpg

PERDIM atau PERtubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) diilhamkan oleh beberapa pengamal perubatan umum di Malaysia yang melihat keperluan sebuah wadah bagi doktor-doktor perubatan moden yang beragama Islam untuk berinteraksi, bersuai-kenal, berbincang, bermuafakat dan seterusnya menyumbang idea dan keringat menyuarakan wacana mereka supaya agama Islam sentiasa seiring dengan peradaban perubatan moden di Malaysia. Ini selaras dengan firman-Nya yang bermaksud,“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Surah al-Baqarah, ayat 30).

Meskipun PERDIM baru mengorak langkah di persada perubatan moden di Malaysia, niatnya selari dengan persatuan-persatuan perubatan moden yang telah bertapak sekian lama, memperjuangkan nasib para doktor. Uniknya, PERDIM diilhamkan dan diterajui oleh kumpulan doktor yang secaranya pemilik klinik-klinik swasta di Malaysia. Oleh itu PERDIM dilihat sebagai pelengkap kepada persatuan-persatuan perubatan yang lain.

PERDIM komited mengembleng kepakaran para ahlinya meneraju tradisi ilmu perubatan moden tanpa melupakan tanggung-jawab mereka sebagai seorang Muslim.

Firman Allah : “ Dan apabila diminta kamu bangun maka nescaya bangunlah, nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujadalah. Ayat 11).

Ahli Jawatankuasa Nama
Yang Di Pertua Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Haji Ismail
Naib Yang Di Pertua Dr. Mior Yusuf bin Adnan
Setiausaha Dr. Boi Saidi bin Abdul Razak
Bendahari

Rujukan:[sunting | sunting sumber]