Pertubuhan bukan kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris: non-governmental organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiayai oleh kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan.

Tidak seperti Pertubuhan antara kerajaan, "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu istilah bagi kegunaan umum. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam" atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain.

Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000.[1] Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000 NGO.[2] India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ^ (Anheier et al, "Global Civil Society 2001", 2001)
  2. ^ "Hobbled NGOs wary of Medvedev - - chicagotribune.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-10. Dicapai pada 2008-05-10.
  3. ^ http://www.indianngos.com/ngosection/newcomers/whatisanngo.htm Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine "What is an NGO?" January 5, 2007