PPG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kereta kebal kecil PPG
Jenis Kereta kebal kecil
Tempat asal  Kesatuan Soviet
Spesifikasi
Berat 2.5 tan
Krew 2

Armor 8 mm
Senjata
pertama
2 x mesingan DT
Enjin 25 horsepower (19 kW)
Kuasa/berat 10 hp/tan
Kelajuan 25 km/h

Kereta kebal kecil PPG (Bahasa Rusia: Подвижное пулемётное гнездо, Podvizhnoye pulemyotnoye gnezdo, harafiahnya "sarang mesingan bergerak"), juga dikenali dengan nama prototaip Obiekt 217, merupakan kereta kebal kecil Soviet yang dihasilkan untuk pertempuran di Finland. Kenderaan ini tidak pernah menyertai pertempuran.

Tentera infantri Soviet mengalami korban yang besar ketika menyerang kubu Finland semasa Perang Musim Sejuk. Bagi mengimbanginya, mereka kadang kala menyerangnya menggunakan lunsur berperisai yang ditunda oleh kereta kebal. Kereta kebal kecil PPG merupakan usaha bagi mencipta pengangkut infantri bagi memenuhi peranan ini. Sekitar seratus dihasilkan di Kilang Kirov di Leningrad pada tahun 1940 dan dihantar ke baris hadapan, tetapi tidak sempat sampai ke Finland untuk kegunaan dalam pertempuran.

Kereta kebal kecil PPG memiliki penutup separa perisai setebal 5 hingga 8 mm melindungi hadapan dan sisi, bagi dua infantri menunggang dalam kedudukan membongkok. Ia bersenjata dengan dua mesingan DT 7.62mm. Kereta kebal kecil mendapat kuasa oleh enjin motorsikal dua puluh lima kuasa kuda yang membenarkannya mencecah kelajuan sekitar 25 km/j, dan berat sekitar 2.5 tan.

Templat:WWIISovietAFVs