Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pahat kayu yang diperbuat daripada besi keluli.

Pahat ialah sejenis alat bermata pisau dihujungnya yang digunakan untuk mengukir atau memotong bahan keras dengan tangan seperti kayu, batu, atau logam dengan tempaan tukul atau kuasa mekanikal.[1] Pemegang dan bilah sesetengah jenis pahat ini diperbuat daripada logam atau kayu dengan tepi yang tajam di hujungnya.

Perbuatan memahat melibatkan mengenakan kuasa yang kuat ke atas pahat mengenai bahan untuk memotong bahan tersebut, barangkalinya dengan menggunakan tangan atau tukul. Dalam kegunaan industri, pelantak hidraulik atau pemberat digunakan untuk menolak pahat ke arah bahan.

Terdapat juga satu jenis alat ini dipanggil pahat kuku yang berfungsi menakuk potongan-potongan kecil dari bahan yang diukir—terutamanya dalam proses pertukangan kayu serta pembuatan patung. Pahat kuku biasanya menghasilkan takuk mencekung yang berpunca daripada permukaan matanya yang berbentuk U.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chisel, n.1" def. 1.a.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]