Pain & Gain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pain & Gain
PengarahMichael Bay
Penerbit
Lakon layar olehChristopher Markus & Stephen McFeely
Stephen McFeely
BerdasarkanPain & Gain oleh
Pete Collins
Dibintangi oleh
Muzik olehSteve Jablonsky
SinematografiBen Seresin
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarParamount Pictures
Mula ditayangkan
11 April 2013 (2013-04-11)(Miami)
April 26, 2013 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
129 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$26-$35 juta[2]
Pecah panggung$86.2 juta[3]

Pain & Gain adalah sebuah filem jenayah-komedi dari Amerika Syarikat pada tahun 2013 yang diarahkan oleh Michael Bay serta dibintangi oleh Mark Wahlberg, Dwayne Johnson, dan Anthony Mackie. Filem ini berdasarkan kisah benar oleh Pete Collins yang diterbitkan dalam siri artikel Miami New Times pada tahun 1999 dan disusun di dalam buku Pain & Gain: This Is a True Story (2013), yang memperincikan tentang penculikan, penyeksaan dan pembunuhan beberapa mangsa oleh geng Sun Gym.

Filem ini dikeluarkan pada 11 April 2013, Pain & Gain menerima ulasan yang bercampur antaranya pengkritik memuji hasil lakonan, penulisan skrip, dan kesinambungan yang serasi antara pelakon filem, tetapi dikritik dari aspek keganasan, pengarahan, dan ketidakakuratan sejarah. Dari segi bajet penghasilan filem dianggarkan bernilai $ 26- $ 35 juta, filem ini berjaya mendapat pecah panggung sebanyak $ 86.2 juta di seluruh dunia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, Daniel Lugo seorang banduan yang baharu dibebaskan atas kesalahan jenayah penipuan dalam perubatan. Dia telah ditawarkan oleh pengurus Sun Gym, John Mese untuk menjadikan dia sebagai testimoni kelab supaya rating kelabnya terkenal. Lugo berjaya memberikan komitmen sehingga 300% untuk menjadi ahli bina badan yang sempurna dalam tempoh enam bulan sahaja. Disitu dia mula berkawan rapat dengan Adrian Dorbal, seorang penasihat dan jurulatih di Sun Gym. Dorbal juga seorang penagih dadah jenis steroid. Sebagai ganjarannya, Lugo dilantik sebagai penasihat dan jurulatih di Sun Gym. Dia mula berkenalan dengan seorang jutawan, Victor Kershaw yang menjadi pelatihnya. Lugo mula bernafsu untuk menjadi seorang yang kaya dari jalan yang salah dengan niat untuk membolot aset harta milik Kershaw hasil terpengaruh dengan pendapat dari pakar motivasi, Jonny Wu. Lugo sanggup untuk menculik dan menyeksa mangsanya suatu hari nanti.

Lugo merekrut Doorbal dan Paul Doyle juga seorang penagih dadah jenis kokain yang telah menganuti kembali agama Kristian dan menyesal dengan tindak tanduk di masa silamnya. Ketiga-tiga mereka ini dimenali sebagai Geng Sun Gym, mereka merancang untuk menculik Kershaw. Selepas dua kali percubaan gagal, kali ketiga baharulah Kershaw akhirnya berjaya ditangkap dan disembunyikan di dalam sebuah gudang usang. Mukanya ditutup, diseksa dan dipaksa untuk membuat penjelasan palsu berkaitan memindah dana, menandatangani dokumen serta mengarahkan agar semua ahli keluarganya dipindahkan keluar dari negeri hanya dengan menggunakan pesanan suara melalui panggilan dari talian tetap. Semua aset Kershaw, dipindahkan terus ke akaun Sun Gym melalui pengesahan dari pengurusnya, John Mese bagi milicinkan gerak kerja jenayah ini agar tidak diketahui oleh pihak berkuasa.

Selepas dana dan aset berjaya dipindah milik dengan selamat. Lugo mula merancang untuk membunuh Kershaw. Mereka memaksa Kershaw untuk meminum liquor sehingga mabuk dan diletakkan didalam kereta BMW miliknya dan dipaksa untuk terlibat dalam kemalangan agar kematiannya diklasifikasikan sebagai memandu dalam keadaan memabukkan. Tetapi dia terselamat dari kemalangan tersebut, kali ini mereka bertiga mula membakar kereta tersebut dan mengharapkan agar Kershaw mati dalam kebakaran kereta selepas pelanggaran tersebut. Namun begitu, Kershaw masih juga terselamat dan berjaya keluar dari kereta tersebut. Untuk percubaan kali ketiga, Doyle dipaksa untuk melanggar dan menggilis Kershaw sehingga mati, selepas melihat tindak tanduk Kershaw seperti sudah mati, mereka meninggalkan Kershaw disana. Tetapi tanpa disangka-sangka, Kershaw sebenarnya masih hidup lagi. Dia diselamatkan oleh pihak polis dan diberikan rawatan di sebuah hospital awam. Lugo mula panik, ekoran Kershaw telah diselamatkan dan mereka merancang untuk menyamar sebagai pegawai perubatan tetapi usaha mereka gagal, ekoran Kershaw sudah pun keluar dari hospital berkenaan.

Doorbal pula mula berkenalan dengan Robin, seoraang jururawat yang telah merawatnya bagi masalah mati pucuk. Perkembangan mula positif. Lama kelamaan, mereka berdua berhubungan dengan lebih intim dan merancang untuk berkahwin. Manakala, Doyle pula menggunakan hasil duitnya untuk menagih kokain dan berkenalan dengan Sorina Luminita, seorang pelakon filem dan juga seorang yang mata duitan atau pisau cukur.

Sementara itu, selepas meninggalkan hospital, Kershaw tinggal di dalam hotel murah bagi merahsiakan identitinya dari pengetahuan orang ramai. Di situ, dia telah menghubungi seorang pakar penyiasat persendirian terkenal yang telah bersara, Ed Du Bois III mengenai modus operandi Geng Sun Gym. Du Bois sanggup untuk membantu Kershaw selepas melihat keadaannnya begitu kritikal. Du Bois mula menyiasat Sun Gym, dan mengenalpasti pemilik baharu rumah agam milik Kershaw. Dan dia juga berhubung dengan ramai pihak untuk mengenalpasti mengenai kekayaan luar biasa Doorbal dan Doyle. Du Bois juga sanggup menjadi pelatih Lugo demi mengorek rahsianya secara beransur-ansur.

Dalam masa yang sama, Doyle yang sudah kehabisan wang hasil dari keborosannya, sanggup untuk merompak wang dari sebuah bank. Akibatnya, dia telah dikejar oleh pihak polis dan sehingga menyebabkan ibu jari kaki kanannya terputus di dalam sebuah tasik. Dia tetap terselamat dan Doyle telah pergi ke majlis perkahwinan Doorbal. Dalam kekalutan tersebut, Lugo merancang untuk meneruskan penculikan yang lain agar mereka memperoleh banyak lagi wang.

Mangsa seterusnya ialah Frank Griga, seorang jutawan dslam bidang pelacuran. Mereka menjemput Griga dan isterinya, Krisztina Furton ke rumah Doorbal untuk berbincang mengenai pelaburan perniagaannya. Griga dan Lugo berbincang di dalam bilik gim manakala Doorbal dan Doyle melayani Kriztina di ruang tamu. Perbincangan antara Lugo dan Griga menemui kegagalan selepas Griga tidak yakin untuk meneruskan pelaburan tersebut dan menyatakan hasratnya untuk berbincang dengan seseorang rakan bisnesnya yang lebih senior dan lebih arif selok belok pelaburan seperti yang diinginkan oleh Lugo. Akibat gagal mengawal kemarahannya, secara tidak sengaja, Griga telah terbunuh selepas mukanya ditimpa oleh alat pemberat di dalam bilik gim tersebut. Kriztina pula mulai sangsi, selepas Griga tidak keluar dari bilik tersebut. Dia mencari dan akhirnya mendapati, suaminya telah terbunuh. Dalam keadaan kelam kabut tersebut, Doorbal telah menyuntik steroid ke tubuh Kriztina agar dia sempat memberikan kata laluan untuk membuka peti besi milik suaminya tetap suntikan kedua menyebabkan dia juga menemui ajal akibat terlebih dos. Lugo dan Doyle pula bergegas pergi ke rumah Griga untuk membuka peti besi dan mengharapkan kata laluan dari Kriztina. Tetapi, isterinya itu telah mati terlebih dahulu selepas menerima suntikan kedua. Usaha mereka gagal. Mereka hanya sempat mencuri dua buah kereta mewah sahaja. Doorbal pula diarahkan untuk membersihkan rumahnya terlebih dahulu ekoran banyak kesan darah di beberapa tempat sebelum Robin pulang dari kerja.

Lugo dan Doorbal merancang untuk melupuskan mayat Griga dan Kriztina di gudang miliknya. Tubuhnya dikerat dan dibakar gril, dimasukkan ke dalam dua tong besi sebelum ditenggelamkan di dalam sebuah tasik. Sementara itu, Robin telah menghubungi polis selepas mendapati rumahnya ada pencerobohan dan kesan darah ditemui di dalam tong sampah. Manakala, ibu jari kanan Doyle dijadikan bahan bukti selepas ditemui dari seekor anjing milik Griga di rumahnya. Doyle menyesal dengan tragedi dan bertaubat di dalam gereja katolik.

Pada 17 Jun 1995, Doyle diberkas oleh polis ketika sedang bertaubat dihadapan Jesus Christ. Doorbal pula diberkas di dalam bilik air di rumahnya sendiri. Manakala, Mese diberkas di Sun Gym, Lugo pula berjaya diberkas di Barbados selepas ditembak oleh Du Bois. Lugo di bawa pulang ke Amerika Syarikat untuk didakwa atas jenayahnya. Robin memfailkan perceraiannya dengan Doorbal selepas tidak berpuas hati dengan dengan hubungan intim semasa hidup bersamanya. Mahkamah mengesahkan empat banduan didakwa bersalah.

Di bahagian akhir kredit filem:

  • Daniel Lugo dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, ditambah penjara selama 30 hari lagi selepas didapati bersalah mencederakan punggung seorang pengawal penjara.
  • Adrian Doorbal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
  • Paul Doyle, atas pengakuan jujur, dia dipenjarakan selama 15 tahun, dibebaskan pada tahun 2010. Kembali semula ke agama kristian katolik.
  • John Mese dipenjarakan selama 15 tahun dan mati dalam penjara.

Nama Victor Kershaw ditukar di dalam filem untuk melindungi orang yang sebenar. Nama Sorina Luminita (kekasih Doyle) ditukar di dalam filem untuk melindungi orang yang sebenar. Dia kini bukan lagi seorang pelakon filem.

Filem diakhiri dengan kata-kata dari Daniel Lugo: "That's the American dream" (Ini adalah impian rakyat Amerika)

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PAIN & GAIN (15)". British Board of Film Classification. April 30, 2013. Diarkibkan daripada asal pada May 4, 2013. Dicapai April 30, 2013. 
  2. ^ "2013 Feature Film Production Report" (pdf). FilmL.A. m/s. 14. Dicapai 14 April 2018. 
  3. ^ "Pain & Gain (2013)". Box Office Mojo. Dicapai July 10, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laporan rasmi dari Miami New Times disunting oleh Pete Collins