Pergi ke kandungan

Palestinian Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Palestinian Airlines
Boeing 727-200 Palestinian Airlines di Lapagan Terbang Antarabangsa Dubai, Negara Palestin
IATA ICAO Pengenal
PF PNW Palestine
Ditubuhkan1995
Operasi ditamatkanDisember 2020[1]
HabLapangan Terbang Antarabangsa El Arish
Pesawat2[2]
Destinasi2[3]
Syarikat indukPihak Berkuasa Palestin
Ibu pejabatBandar Gaza,Kota Lama Baitulmaqdis,Baitulmuqaddis,Baitulmaqdis Timur, Genting Gaza, Palestin
Orang pentingSaad Eddin Kharma (Pengerusi)
Pekerja398

Palestinian Airlines (Bahasa Arab: الخطوط الفلسطينية) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Arish, Mesir yang dimiliki sepenuhnya oleh Pihak Pihak Berkuasa Palestin tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Penerbangan Awam Mesir.[4] Syarikat penerbangan ini menghentikan operasi pada tahun 2005 tetapi disambung semula pada Mei 2012. Pangkalan asasnya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish.[5] Palestinian Airlines adalah ahli Arab Air Carriers Organization.

Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1995 dan mula beroperasi pada bulan Jun 1997 dengan penerbangan yang membawa jemaah haji ke Jeddah (Arab Saudi). Penerbangan itu pada asalnya dijadualkan untuk beroperasi dari Gaza, tetapi disebabkan larangan. Oleh hal yang demikian, perkhidmatan syarikat penerbangan ini dikendalikan dari Port Said, di utara Mesir. Perkhidmatan berjadual bermula pada 23 Julai 1997 iaitu beroperasi dari Arish ke Jordan dan Arab Saudi. Palestin Airlines memindahkan pangkalannya ke Gaza berikutan pembukaan lapangan terbang pada November 1998 dan menambah beberapa laluan baru di rantau ini. Syarikat penerbangan ini dilarang terbang pada Oktober 2000 berikutan permulaan Al-Aqsa Intifada dan terpaksa berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish pada Disember 2001 selepas kemusnahan landasan kapal terbang di pangkalan Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat sebelum ini, di mana pengendalian perkhidmatan yang terhad. Ianya dimiliki penuh oleh Pihak Berkuasa Palestin; dan menggaji 398 pekerja (sehingga Mac 2007).[6]

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

Palestinian Airlines berkhidmat ke destinasi yang berikut pada Mei 2013:[7]

Arab Saudi

[sunting | sunting sumber]

Dari bekas pangkalan di Gaza, Palestinian Airlines juga pernah berkhidmat di Bahrain, Larnaca, Kuwait, Doha, Damsyik, Istanbul, Abu Dhabi dan Dubai.

Armada terakhir

[sunting | sunting sumber]
Armada terakhir Palestinian Airlines
Pesawat Jumlah Diperkenalkan Bersara Rujukan
Fokker 50 2 1998 Tidak diketahui [8]
Boeing 727-100 1 1998 Tidak diketahui [8]
Boeing 727-200 1 1998 Tidak diketahui [8]
Bombardier Dash 8-300 Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak diketahui [perlu rujukan]
IIyushin II-62 Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak diketahui [9]
  1. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "ch-aviation.com"
  2. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "officialfleet"
  3. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "timetable"
  4. ↑ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  5. ↑ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  6. ↑ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  7. ↑ "Palestinian Airlines resumes operations". Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2014. {{cite web}}: Unknown parameter |deadurl= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  8. 1 2 3 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "flightglobal.com"
  9. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "airlinegeeks.com"

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkaitan Palestinian Airlines di Wikimedia Commons