Palomino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seekor ibu kuda palomino dengan anak chestnut. Palomino dicam dengan warna bulu yang serba keemasan.

Palomino merupakan warna bulu kuda yang terdiri daripada bulu badan yang emas serta surai dan ekor yang putih. Dari segi genetik, warna palomino terhasil oleh satu alel gen cairan yang bergela gen krim yang mengerjakan bulu asas "merah" (chestnut). Bagaimanapun, kebanyakan daftar baka warna yang mencatatkan kuda palomino telah pun ditubuhkan sebelum genetik warna bulu kuda difahami sebaik masa kini, dan oleh itu takrifan umum bagi palomino adalah berasaskan warna bulu yang nyata, bukan kehadiran tersirat gen cairan.