Pameran Anime Tokyo Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pameran Anime Tokyo Antarabangsa atau Tokyo International Anime Fair (TAF; dalam bahasa Jepun: 東京国際アニメフェア) ialah salah sebuah pesta anime yang terbesar di Jepun. Acara pertama pada tahun 2002 diadakan sebagai "Pameran Anime Tokyo Antarabangsa 21". Pengerusi pesta tersebut dilayan oleh gabenor Tokyo sendiri dan, sebenarnya, para Kerajaan Metropolitan Tokyo sendiri yang memberi sokongan bersama-sama Persatuan Animasi Jepun[1] sejak 2002.[2] Pesta ini diadakan di Tokyo Big Sight, hak milik kerajaan, pada akhir bulan Mac setiap tahun. Umumnya, hari-hari minggu pertama atau kedua adalah hari perniagaan dan dibuka kepada orang awam pada hujung minggu.

Selain sebagai pameran perdagangan antarabangsa, TAF terdiri daripada acara-acara yang berkaitan seperti simposium urus niaga dan acara-acara lain. "Anugerah Anime Tokyo" diberi kepada pencipta-pencipta dalam negeri dan negara asing dan dalam acara tersebut. Acara itu disokong oleh agen kerajaan Jepun, seperti Kerajaan Metropolitan Tokyo, Kementerian Ekonomi dan Sekretariat Kabinet. Juga, salah satu fakta penting iaitu acara ini dijayakan oleh gobenor Tokyo, Shintaro Ishihara, salah satu ahli politik yang dihormati di Jepun pada waktu tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Di bawah bahagian Event and Planing[1]
  2. ^ Dengan lebih tepat lagi, Breau of Industrial and Labor Affairs of Tokyo yang mempromosi acara ini. Rujukan: Laman rasmi BILAT

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.