Panir Chellum a/l Velaitham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapten (B) Panir Chellvum a/l Velaitham
Kelahiran
Panir Chellvum a/l Velaitham
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Kapten
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Panglima Gagah Berani
Kampung asalKulim, Kedah
Pangkat Kapten

Kapten (B) Panir Chellvum a/l Velaitham adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kulim, Kedah. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 7 Jun 1978 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis.

Pada 14 Feb 1977 Lt M Panir bersama empat anggota terlibat dalam gerakan menyerang hendap pemberontak komunis yang dipercayai akan mengambil makanan dari penyokong mereka. Dalam pertempuran ketika serang hendap, kumpulannya berjaya membunuh seorang pemberontak. Sewaktu penggeledahan dilakukan keesokan paginya, mereka menemui seorang pemberontak yang tercedera. Lt M Panir mengarahkan anggotanya supaya tidah membunuh pemberontak tersebut. Sebaliknya, ia mengarahkan anggotanya agar pengganas ditawan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti mereka di kawasan itu. Hasil pertempuran, sebanyak dua laras senjata bersama peluru, bom tangan dan enam beg galas yang mengandungi makanan dan peralatan dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1978.

Rujukan[sunting | sunting sumber]