Pantai Murni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pantai Murni adalah sebuah pantai peranginan yang terletak di daerah Yan, Kedah. Pantai ini terletak berhampiran dengan pekan Yan. Pantai ini terdapat pelbagai kemudahan.Antara kemudahan terletak di Pantai ini antaranya ianya mempunyai tempat letak kereta yang luas yang terletak berhampiran Medan Selera Pantai Murni yang merupakan medan selera yang menyediakan makanan laut untuk pengunjung yang datang ke sini. Selain itu, pantai rekreasi ini terdapat tandas, surau, taman permainan kanak-kanak dan terdapat kerusi yang disediakan untuk pengunjung yang datang ke sini.' Terdapat pelbagai aktiviti menarik di pantai ini, antaranya meihat matahari terbenam pada waktu senja, beriadah ataupun berkelah di tepi pantai atau di bawah pohon Rhu sambil menikmati keindahan alam sekitar. Malah, ada juga pasar melam atau lebih dikenali sebagai "Uptown" yang dibuka pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, Di Uptown ini, mereka menjual baju-baju atau pun cenderahati.

Terdapat juga tempat menarik yang terletak di Pantai Murni ini antaranya; Tg. Jaga yang terletak di tepi Jalan Pantai Barat Kedah yang pengunjung boleh melihat pemandangan laut dari atas bukit (kaki G. Jerai) mahupun memancing di tepi pantai.Terdapat juga pantai lain yang berhampiran seperti Pantai Titi Bakong yang merupakan pantai peranginan yang hampir di P. Murni. Di samping itu, terdapat air terjun yang berdekatan yang mengalir dari Gunung Jerai antaranya Air Terjun Batu Hampar, Hutan Lipur Titi Hayun, Peranginan Sri Perigi dan Rekreasi Tupah yang masing masing terletak berhampiran di antara satu sama lain kecuali Air Terjun Tupah yang masing masing terletak di Daerah Kuala Muda tetapi Hutan Lipur Tuppah terletak di Selatan sedikit berbanding yang lain.



Rujukan

  • www.percutianbajet.com/kedah/bersantai-di-pantai-murni-yan