Pantai Shelly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pantai Shelly, Manly

Pantai Shelly (juga dikenali sebagai Pantai Shelley) ialah sebuah pantai yang terletak di Manly, iaitu sebuah kawasan perumahan di Sydney, Australia.[1]

Terdapat bukti penempatan orang asli di kawasan ini, khususnya longgokan kerang telah direkod berdekatan tempat letak kereta Fairy Bower. Pantai Shelly dilindungi daripada laut oleh terumbu yang terletak di sebelah kanan pantai dan menghala ke arah barat. Kemudahan di sini termasuk 2 tempat barbeku elektrik percuma, pancuran mandi, tandas dan pondok kios yang menjual makanan, minuman dan kopi. Laporan menyatakan bahawa lebih daripada 160 spesies ikan marin sudah direkod sekitar kawasan simpan, termasuk spesies terpelihara seperti Phyllopteryx taeniolatus sp. (Bahasa Melayu: naga laut), Anampses elegans sp. dan ikan kod hitam yang hampir terancam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]